Kekalahan PH lebih teruk dari jangkaan – Tun

Tun Dr Mahathir dalam satu iklan ketika kempen PRU 14.

Putrajaya, 18 Nov: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir akhirnya membuka mulut berhubung kekalahan memalukan parti Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil Tanjung Piai sabtu lepas.

Menerusi satu kenyataan, beliau  menerima keputusan yang dibuat  rakyat tetapi berkata kekalahan sehingga majoriti 15, 086 adalah lebih besar dari jangkaan awal beliau iaitu  kekalahan tidak lebih dari 2000 undi.

“Saya terima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai, walaupun sebelum ini sudah menjangkakan bahawa majoriti akan beralih arah ke pihak lawan. Jangkaan saya majoriti kekalahan ini tidak lebih dari 2,000 undi. Namun keputusan rasmi majoriti kekalahan ialah sebanyak 15,086 undi.” – Tun Dr Mahathir. 

Tambahnya lagi, satu post-mortem terperinci, serius dan jujur di semua peringkan akan dibuat bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan pada pilihanraya kecil tersebut.

“Satu post-mortem yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti akan dibuat bagi mengenal pasti apakah punca sebenar kekalahan pilihanraya kecil ini. Saya ucap terima kasih kepada mereka yang bekerja keras sepanjang pilihanraya kecil ini. ” – Tun Dr Mahathir. 

Keputusan mengejut pada pilihanraya kecil itu disebut  sesetengah pihak sebagai tsunami anti-hancing merentasi garis kaum kerana calon BN, Wee Jeck Seng menyapu bersih semua pusat daerah mengundi (PDM) termasuk di daerah majoriti kaum cina.

Pada PRU ke 14 lepas, PH memenangi 11 dari 27 PDM.

Rata-rata pengundi yang beralih arahberkata mereka kecewa dengan Pakatan Harapan yang kini setelah 18 bulan berkuasa, masih belum menunaikan janji-janji manifesto.

Dalam buku manifesto PH pada PRU 14 lalu, Tun Dr Mahathir menggesa rakyat menolak Pakatan Harapan melalui proses demokrasi sekiranya gagal dan mungkir janji yang ditaburkan.

“Dengan terbitnya buku (Manifesto Harapan  PRU14) ini, kami juga dengan penuh tanggungjawab menyatakan bahawa kami sanggup dihakimi oleh rakyat sejauh manakah kami berjaya memenuhi janji- janji ini. Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi” – Tun Dr Mahathir.

Antara janji terbesar yang masih belum ditunaikan adalah menghapuskan tol dan menangguhkan pembayaran pinjaman PTPTN.  – Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.