PRK Tanjung Piai: PH dipulau rakyat atau rakyat mahu BN kembali memerintah?

Surat Pembaca oleh : Gadis berkaca mata

Gagal tunai manifesto, rakyat semakin jelas menolak kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan. Inilah yang terjadi di era kepimpinan Malaysia Baru yang semakin haru.

Sebanyak 9 PRK telah diadakan semenjak kemenangan Pakatan Harapan pada Mei 2018 iaitu 4 PRK pada tahun 2018 dan 5 PRK pada tahun 2019 termasuk PRK terkini, PRK Tanjung Piai. Keseluruhannya, PH berjaya memenangi 5 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan. Adakah ini bermaksud PH masih relevan?

Analisis mendapati pengundi semakin jelas menolak kepimpinan PH menjelang 2019 dimana majoriti kemenangan berpihak kepada BN. Sepanjang PRK pada tahun 2018, PH berjaya mengekalkan kesemua kerusi dimulai PRK pertama selepas PRU14 iaitu PRK Sungai Kandis (Ogos 2018), PRK Balakong dan Seri Setia (September 2018), dan PRK Port Dickson (Oktober 2018).

Pada tahun 2019 pula, sebanyak 5 PRK telah diadakan dan hampir kesemua kerusi dibolot oleh wakil BN kecuali pada PRK Sandakan (Mei 2019). BN berjaya mengekalkan kemenangan pada PRK Rantau (April 2019) dan lebih mengejutkan sebanyak 3 kerusi berjaya dirampas daripada PH iaitu pada PRK Cameron Highland (Januari 2019), PRK Semenyih (Mac 2019) dan terkini PRK Tanjung Piai (November 2019).

Adakah ini bermakna, s rakyat semakin lama semakin tidak sudi menerima kerajaan Pakatan Harapan?

PRK Tanjung Piai baru-baru ini memperlihatkan BN  menang besar dengan majoriti sebanyak 15086 jumlah undi.

Adakah boleh disimpulkan bahawa satu demi satu kekalahan PH pada PRK 2019 membuktikan rakyat telah menolak kerajaan Pakatan Harapan dan berhajat untuk mengembalikan pemerintahan kerajaan terdahulu iaitu kerajaan Barisan Nasional?

Tak cukup dengan kegagalan menunaikan manisfesto, rakyat juga sudah cukup tersika dengan pelbagai kemudahan yang ditarik balik.

Kerajaan sekarang pula tidak habis-habis mengulangi alasan hendak memperbaiki kerosakan kerajaan terdahulu, padahal kerajaan sekarang pun bukannya jadi lebih bagus!

Bila  berkempen bukan main gah di pentas, natijahnya rakyat menunggu pelbagai janji yang ditaburkan pada pilihanraya umum lalu untuk dilaksanakan. Nak tunggu sampai bila, sampai kiamat?

Adakah dengan kekalahan teruk akan mengubah kepimpinan Pakatan Harapan?

Ataupun masing-masing rela menghabiskan gaji 5 angka yang boleh dinikmati untuk 3 tahun lagi?

Bak kata pepatah, “Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis”. – Buletin TTKM-


Artikel ini adalah surat dari pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai “budak kaca mata”. Ia merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.