Idea ‘kereta terbang’ itu sampah! – Rais Hussin

KUALA LUMPUR 19 Nov: Ketua Biro Polisi dan Strategi PPBM Dr Rais Hussin menyifatkan projek kereta terbang sebagai ‘idea sampah’.

Beliau berkata demikian apabila menjawab kenyataan ketua Pemuda MCA, Nicole Wong yang  berkata  Pakatan Harapan bukan sahaja lewat dalam menunaikan manifesto yang ditawarkan tetapi juga membuat cadangan baharu yang tidak diperlukan seperti kereta terbang.

“Kenapa tidak tunaikan manifesto PH satu demi satu, sebaliknya memberikan pula cadangan yang tidak sepatutnya seperti kereta terbang? Fokusnya tiada di sana – Nicole Wong.

Rais kemudian mencelah dengan berkata beliau tidak menyanggah kenyataan Nicole berhubung kereta terbang itu.

“Saya tidak bercanggahan dengan perkara itu. Kereta terbang adalah idea sampah. Namun, ingin saya tekankan di sini, saya masih pertahankan manifesto yang ditawarkan.

Saya percaya Pakatan Harapan juga sama. Kita berusaha sehabis baik untuk mencapai apa yang tertera dalam manifesto.

Harus diingat, Pakatan terpaksa berdepan dengan masalah yang diwarisi. Kita masih mencari jalan untuk menyelesaikan semua.

“Manifesto kami adalah work in progress’ ” – Rais Husin.

Semalam, MENTERI Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengesahkan beliau akan melakukan ujian memandu dan menaiki ‘kereta terbang’, Khamis ini.

BACA : https://ttkm.com.my/2019/11/19/saya-pandu-uji-kereta-terbang-khamis-ini-redzuan/

“Saya jemput kalau Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) nak datang pun nak ambil gambar dan duduk atas yang terbang tu, kita bolehlah sama-sama duduk sebelah”  – Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi  PPBM itu berkata demikan pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

“Saya nak ulangi jemputan saya kepada ahli yang berhormat,  hari Khamis ni saya akan sendiri akan naik kereta terbang, kenderaan muatan dua orang. 

“Saya jemput kalau Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) nak datang pun nak ambil gambar dan duduk atas yang terbang tu, kita bolehlah sama-sama duduk sebelah” – Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

Sebelum ini Mohd Redzuan berkata di dewan rakyat bahawa prototaip kereta terbang akan dilancarkan pada bulan Oktober lepas. Walaupun kini sudah dalam bulan November, bayang prototaip kereta terbang itu pun tidak kelihatan. – Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version