‘Kereta terbang’ rupanya super dron JV dengan E-hang China

KUALA LUMPUR, 19 Nov: ‘Kereta terbang’ yang bakal diuji dan dinaiki Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pada Khamis ini adalah ciptaan bersama syarikat tempatan dan China dan merupakan Super dron yang menggunakan teknologi AI.

Menurut laporan Berita Harian, Syarikat tempatan tersebut, EastCap Bhd melakukan JV dengan dua syarikat dari China iaitu EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited untuk menghasilkan ‘kereta terbang’ itu.

Hasil carian di laman sesawang, Buletin TTKM mendapati syarikat Ehang mula menghasilkan drone yang berupaya dinaiki penumpang pada tahun 2016.

Versi terkini Ehang adalah model bernombor 216:

 

Yang membezakan model Ehang-216 dengan model JV adalah versi Malaysia adalah ia dilengkapi dengan 3 tayar troli kecil di empat kakinya manakala model Ehang-216 tidak mempunyai tayar.

Kereta terbang mula menjadi buah mulut setelah scale model kenderaan tersebut, Vector diperlihatkan kepada umum sewaktu LIMA.

file74nrq1abnmds32obf2p

Walaubagaimanapun, model yang dipersembahkan pada umum ketika LIMA itu bukanlah yang akan dipandu uji menteri pembanguan usahawan, Redzuan Yusof pada khamis ini kerana Vector dihasilkan oleh syarikat Aerodyne Group.

Perkara tersebut disahkan oleh Laman FB Aerodyne Group yang dihubungi Buletin TTKM pagi tadi.

final.JPG

 

Sementara itu, carian di internet untuk syarikat Escap Berhad  tidak membuahkan hasil yang memuaskan kerana syarikat tersebut tidak mempunyai laman web , tetapi hanya ada laman facebook.

Latar belakang laman facebook tersebut menggunakan gambar super drone E-hang. – Buletin TTKM-

Pada 20 Ogos 2019, Redzuan berkata KERJA membina kereta terbang pertama Malaysia sudah 85 peratus siap.

Katanya lagi, ia sedang dibina oleh syarikat Malaysia di Jepun, berikutan kuasa ekonomi itu mempunyai ekosistem sokongan untuk industri kereta terbang.

“Saya akan ke Jepun pada September untuk menghadiri Persidangan Penerbangan dan saya berharap dapat melihat kereta (terbang) yang hampir siap yang kami akan bawa pulang ke tanah air pada akhir tahun ini,”

Semalam di dewan rakyat, Redzuan Yusof mengesahkan beliau akan melakukan ujian memandu dan menaiki ‘kereta terbang’, Khamis ini.

Beliau berkata demikan pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya nak ulangi jemputan saya kepada ahli yang berhormat,  hari Khamis ni saya akan sendiri akan naik kereta terbang, kenderaan muatan dua orang. 

“Saya jemput kalau Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) nak datang pun nak ambil gambar dan duduk atas yang terbang tu, kita bolehlah sama-sama duduk sebelah” – Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

Siang tadi, beliau enggan memberitahu wartawan di manakah lokasi sebenar pandu uji tersebut dengan berkata ia adalah inisiatif syarikat swasta dan bimbang akan kesan berbangkit sekiranya kenderaan tersebut tidak boleh terbang.

“Jika saya bawa anda masuk, jika ia tidak boleh terbang kerana sebab yang tidak diketahui, ia akan memberi kesan” – Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

 

 

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Malaysian Flying Car Test Flight To Take Place This Thursday: Will Not Be Shown To Public Though | Lowyat.NET
  2. Malaysian Flying Car Test Flight To Take Place This Thursday: Will Not Be Shown To Public Though - XCentWork
  3. Malaysian Flying Car Test Flight To Take Place This Thursday: Will Not Be Shown To Public Though - Malaysiajournal

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.