“Saya pandu uji kereta terbang khamis ini” – Redzuan

Dewan Rakyat, 18 Nov : MENTERI Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengesahkan beliau akan melakukan ujian memandu dan menaiki ‘kereta terbang’, Khamis ini.

Beliau berkata demikan pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya nak ulangi jemputan saya kepada ahli yang berhormat,  hari Khamis ni saya akan sendiri akan naik kereta terbang, kenderaan muatan dua orang. 

“Saya jemput kalau Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) nak datang pun nak ambil gambar dan duduk atas yang terbang tu, kita bolehlah sama-sama duduk sebelah” – Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

Arau (Syahidan Kasim ) kemudian mencelah dalam nada memerli dengan bertanya sama ada hal tersebut dilindungi insuran.
“Ada insuran tak? Ada insuran tak?” – Syahidan Kasim.
Manakala Bera (Ismail Sabri) pula  berkata
“Hati-hati yang berhormat”. – Ismail Sabri
Mohd Redzuan kemudian menyambung ucapan beliau dengan berkata rakyat Malaysia adalah pengikut yang ragu-ragu ( hesitant followers).
kereta terbang1

 

Mengakhiri sesi penggulungan itu, Mohd Redzuan sekali lagi menjemput ahli Parlimen yang berkelapangan untuk hadir pada sesi ujian memandu kereta terbang itu yang dijadualkan 2 petang di Lapangan Terbang Sultan AbdulAziz Shah, Subang, Khamis ini.

“Saya jemput kalau ada masa dan tiada persidangan (Dewan Rakyat)… sila datang ke Subang,”  – Mohd Redzuan

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof kemudian secara berseloroh bertanya kenapa beliau tidak dijemput untuk menyaksikan sesi ujian kereta terbang itu.

“Terima kasih Yang Berhormat Menteri tapi speaker tidak dijemput lihat kereta terbang?”  – Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof

Mohd Redzuan kemudian membalas sambil tertawa kecil,

“Saya jemput semua kalau ada masa dan tiada persidangan (sidang Dewan Rakyat) dalam masa lepas 2 petang… sila datang ke Subang,” –  Mohd Redzuan

Jempol ( Salim Sharif) pula mencelah dengan bertanya sama ada sesi ujian tersebut ada dilakukan pada waktu malam, kerana speaker tidak kelapangan pada waktu siang hari kerana sibuk dengan persidangan.

“Malam boleh terbang ke? Speaker tak senang, kita bagi malam lah!” – Salim Sharif

Redzuan yang kelihatan kurang senang dengan troll bertubi-tubi dari ahli parlimen BN kemudian berkata;

“Kita kena ikut undang-undang itu saya sebutkan tadi. Kita mencari berbagai-bagai cara untuk menidakkan kemajuan. Kita kena tukar, tukar minda kita. Kalau tak ada undang-undang, kita peruntukkan undang-undang. jangan perlekehkan anak muda punya usaha. Belia yang bawa hobi ini!” – Mohd Redzuan

Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) turut bertanyakan sama ada beliau boleh mengikuti sama sesi ujian itu.

“Arau boleh ikut tak?” katanya.

Mohd Redzuan kemudian menjawab: “Berapa berat badan?”

Walau bagaimanapun. Syahidan Kassim hanya tertawa dan tidak menjawab soalan tersebut.

Sebelum ini Mohd Redzuan berkata di dewan rakyat bahawa prototaip kereta terbang akan dilancarkan pada bulan Oktober lepas. Walaupun kini sudah dalam bulan November, bayang prototaip kereta terbang itu pun tidak kelihatan. – Buletin TTKM-

Minit 3:40:44

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.