Video & Transkrip: “B@ngang! Bod0h!” Tajudin dan Ismail g@duh mulut di lobi parlimen.

Gambar oleh Free Malaysia Today.

Dewan Rakyat, 20 Nov: Berlaku kekecohan siang tadi di lobi parlimen apabila dua ahli parlimen UMNO, YB Ismail Mohamad Said dan YB Tajuddin saling memaki hamun antara satu sama lain.

Ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said dilaporkan tidak berpuas hati dengan Tajuddin  yang didakwa telah menularkan  gambar beberapa ahli politik yang menziarahi anaknya yang terlantar sakit dihospital Insitut Kanser Negara.

“Gambar kawan-kawan saya pergi ziarah anak saya dia jadikan isu, kata saya buat pakatan untuk menyokong seseorang pemimpin yang lain. mana boleh! Tak betul. Mana boleh macam tu!”  – Ismail Mohamad

Kejadian tersebut hampir mencetuskan pergaduhan fizikal di antara keduanya tetapi dihalang oleh pengawal keselamatan parlimen dan ahli parlimen yang lain.

Berikut merupakan Transkrip pergaduhan mulut tersebut yang disediakan oleh Buletin TTKM:

Ismail Mohamad : “Bangang!Huh!”
Tajuddin: “Mari sini”
Ismail Mohamad : “Bangang! Pemimpin UMNO BN Lama”
Tajuddin:  “Apa lah bodoh!?”
Ismail Mohamad : “You lah bodoh!”
Tajuddin:  “Mari sinilah!”
Ismail Mohamad : “Bodoh, dah la stupid!”
Tajuddin: “Marilah sini kalau berani!”
Ismail Mohamad : “Ha berani jomlah bawah sana!”
Tajuddin: “Sini!”
Ismail Mohamad : “Gambar anak aku sakit diviralkan kata aku nak lompat parti!”
Tajuddin:  “Tak ada kena mengena dengan anak kamulah!: Tajuddin
Ismail Mohamad : “Apa, gambar u keluarkan kenapa? Bukan diarah?”
Tajuddin:  “Apa kenea mengena dengan anak kamu?”
Ismail Mohamad : “You hantar gambar?”
Tajuddin: “Hantar gambar apa salah? Macam-macam gambar orang hantar. Aduh! Dia pula terasa!”
Ismail Mohamad :“Kau stupid, nantilah I jumpa you.”
Tajuddin:  “Sudahlah. Nak tunjuk garang pula!”

Video ehsan Malaysiakini:

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.