Kenyataan akhbar

Redzuan tinjau produk ‘super drone’ di Subang.

By Buletin TTKM

November 21, 2019

Kenyataan Media.

LAWATAN YB MENTERI MED MENINJAU PRODUK SUPER DRONE Dl SUBANG PUTRAJAYA, 21 NOVEMBER 2019 –

YB Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof telah meninjau Super Drone atau “manned aerial vehicle” di Subang pada hari ini susulan jemputan yang diterima daripada usahawan tempatan, Eastcap Berhad yang bekerjasama dengan syarikat luar negara yang membawa dron tersebut.

Lawatan tertutup (private viewing) ke atas usahawan seperti ini merupakan satu amalan biasa dijalankan Oleh Kementerian dan Agensi bagi melihat dengan lebih dekat kemampuan usahawan. Sebagaimana yang banyak dilaporkan oleh media sebelum ini, Kementerian juga telahpun memberikan sokongan dan fasilitasi berkaitan kepada beberapa projek dron dan air ‘nobility yang djalankan Oleh syarikat tempatan dan luar negara.

Projek seumpama ini dapat menggalakkan lagi aktiviti R&D dalam industri aeroangkasa dan air mobility menerusi usahasama antara syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa dalam bidang assembly dan pembuatan parts & components serta menggunakan teknologi terkini merangkumi big data, artificial intelligence (A1) dan Internet Of Things (IOT). lanya merupakan inisiatif swasta (private driven initiative) yang tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada pihak Kerajaan. Menurut YB Menteri, “Sebagai Kementerian yang menerajui pembangunan keusahawanan, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan terus menyokong dan memudahcara pembangunan usahawan PKS yang berinovasi tinggi, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) — di bawah Teras Strategik 5 untuk memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti aeroangkasa, automatif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal.” Tambah beliau, “MED akan sentiasa menjalinkan kerjasama secara berterusan dengan pemain industri tempatan dan antarabangsa bagi mencapai objektif yang disasarkan di bawah DKN 2030. Walaupun begitu, usahawan-usahawan yang ingin menceburi industri tersebut haruslah akur dan memahami peraturan dan undang- undang sedia ada dan sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di negara ini terhadap proses penguatkuasaan dan pemantauan sebarang aktiviti berkaitan’. YB Menteri juga telah menerima penerangan tentang perancangan syarikat tersebut untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan fasiliti pemasangan “manned aerial vehicle” sebanyak 10,000 unit setahun dengan pewujudan 2,000 peluang pekerjaan untuk pasaran eksport dengan Negara yang dikenal pasti oleh usahawan ini. MED juga menggalakkan lebih banyak syarikat inovasi tempatan untuk memilih Cyberjaya sebagai platform test-bed untuk menguji teknologi dan inovasi baharu termasuk autonomous, dron dan air mobility. Dalam hubungan yang sama, pihak Kementerian juga sedang berbincang dengan pihak Kementerian Pengangkutan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengenai keperluan mewujudkan kerangka perundangan kondusif dan holistik bagi menyokong perkembangan industri ini di samping memperkasakan ekosistem sedia ada. Pejabat Setiausaha Akhbar Menteri Pembangunan Usahawan 21 November 2019