(video) Norhizam diisytihar juara temb@k b@bi oleh speaker DUN Melaka.

Melaka, 21 Nov: ADUN DAP Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee  diisytiharkan sebagai juara penemb@k b@bi oleh speaker DUN Melaka, Datuk Omar Jaafar berikutan kejayaan beliau menemb@k m@ti b@bi hutan lebih banyak berbanding kerajaan BN terdahulu.

“Kita isytiharkan Pengkalan Batu (Norhizam)  juara penemb@k b@bi. ” – Datuk Omar Jaafar, Speaker Dun Melaka

Terdahulu, Norhizam menunjukkan bukti bahawa beliau menemb@k b@bi lebih banyak dari kerajaan BN terahulu.

“Kerajaan terdahulu satu tahun dia dapat temb@k b@bi 107 (ekor) sahaja.

2017, 177 (ekor) setahun.

2018, setakat sampai bulan 5, dengan dibantu oleh saya bulan 5 ke atas saya jadi exco, dia meningkat sedikit, saya temb@k 296 ekor b@bi.

Yang paling ketara sekali bila saya, tahun ini sahaja saya dapat tembak 476 ekor dari bulan Januari sampai bulan Oktober.” – Datuk Norhizam Hassan Baktee

Ketika ini, adun pembangkan berdiri sambil bersorak.

“Yay! Tepuk tangan berdiri!” – Adun pembangkang

Norhizam kelihatan tidak puas hati akibat ditroll oleh adun pembangkang kemudian menyambung ucapannya.

“Jadi di sini menunjukkan kerajaan dahulu  tak buat kerja! ”  – Datuk Norhizam Hassan Baktee

Ketika ini,  ketua pembangkang, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) bangun mencelah.

“Kerajaan kerjanya temb@k b@bi speaker? Apa punya kerajaan kerjanya temb@k b@bi?” -Datuk Seri Idris Haron

Dewan kemudian menjadi kecoh akibat pergaduhan mulut diantara Norhizam dan Idris yang akhirnya ditenangkan oleh speaker.

Norhizam kemudian meneruskan ucapannya sambil menunjukkan beberapa keping gambar beliau menemb@k b@bi.

“Bila saya katakan kerajaan dulu tidak membuat kerja maknanya benda tu betullah. Kalau kerajaan dulu kata ada buat kerja, jumlah temb@k b@bi mesti banyak, mana gambar mengatakan exco dulu keluar (menemb@k b@bi)? Saya tunjuk gambar saya! Temb@k malam ya! Malahan semalam, saya pun ikut juga lagi. Pagi saya belum lagi masuk meeting” – – Datuk Norhizam Hassan Baktee

Ketika   Norhizam menunjukkan gambar b@bi yang mati ditemb@k beliau, speaker pula mencelah “Huh, gemuknya! (babi itu)” yang kemudian disambut gelak ketawa satu dewan. – Buletin TTKM-

Tonton jam  1:24:05 ke atas:

 

1 Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.