Kereta terbang: Pak Wan gopoh dan flip-flop

Surat Pembaca Oleh : Abdul Azim Roslan
1. Wawasan 2020 dan kereta terbang memang sinonim. Terutama bagi mereka yang lahir sekitar tahun 80-an dan awal 90-an.

2. Kereta terbang merupakan satu bentuk manifestasi kepada simbol Malaysia moden dan maju pada tahun 2020.

3. Bila Pak Wan (Menteri Pembangunan Keusahawanan) umumkan rancangan untuk bangunkan kereta terbang Malaysia pertama, aku memang bersetuju pada awalnya.

4. Industri kereta terbang dijangkakan akan mencapai market industri sekitar USD 2.9 trillion dalam masa 20 tahun akan datang. Berapa hutang dan liabiliti negara Malaysia ketika ini? Sekitar RM 1 trillion kan? Kita boleh bayangkan betapa besarnya industri ini satu hari nanti.

https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-12-13/flying-cars-may-become-a-3-trillion-market-in-20-years

5. Sejarah pembangunan kereta terbang di Malaysia (selain daripada Wawasan 2020) bermula apabila CEO Proton, Dr Li pernah buat pengumuman pada Nov 2017 untuk Proton melancarkan kereta terbang pada tahun 2019.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/26/proton-perkenal-kereta-terbang-di-malaysia-pada-2019/

6. Perancangan ini sebenarnya terkait dengan Geely (pemilik Proton) apabila mereka membeli start-up kereta terbang dari US iaitu Terrafugia pada lewat tahun 2017. Tahun ini, Geely sekali lagi menunjukkan minat terhadap industri kereta terbang apabila melabur RM230 juta ke dalam syarikat kereta terbang dari German iaitu Volocopter.

https://www.scmp.com/business/companies/article/2120084/geely-buys-us-start-terrafugia-and-promises-flying-car-2019

https://paultan.org/2019/09/09/geely-invests-in-volocopter-another-flying-car-maker/

7. Selain Geely, banyak lagi pemain besar industri dunia sudah mula melakukan R&D dan test flight untuk kereta terbang. Antaranya ialah Uber Air, Airbus dan Boeing.

8. Najib Razak ketika kempen PRU14 pun guna modal kereta terbang sebagai bahan kempen. Dia rancang nak bangunkan pengangkutan futuristik katanya.

9. Masalah utama kereta terbang versi Pak Wan ialah kegopohan dan banyak flip flop dalam perancangan untuk mrmbangunkan kereta terbang ini. Idea yang baik, tapi execution plan ke laut.

10. Sebagai contoh, pada awalnya dikhabarkan kereta terbang ini akan dibangunkan oleh syarikat tempatan iaitu Aerodyne. Apabila dilancarkan “prototype” kereta terbang di Langkawi, hasilnya dah macam hasil kerja FYP budak engineering di universiti. Menteri sendiri dah letak expectation yang salah apabila guna term prototype.

https://careta.my/article/prototaip-kereta-terbang-malaysia-di-lima19

11. Kemudian bertukar pula jadi syarikat tempatan base di Jepun. Dua minggu lepas pula bertukar cerita jadi kerjasama antara syarikat Malaysia-China, dan ada pula pengumuman kereta terbang kedua yang akan dimajukan di Eropah.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/507927/kereta-terbang-kedua-negara-tahun-depan

12. Kesemua ini menyumbang kepada kereta terbang menjadi kisah lucu dilaporan media. Dia perlu sedar, Menteri dari parti Bersatu terutamanya memang menjadi sasaran media untuk dibun*h karekternya.

13. Untuk berlaku adil, ada kutukan dan makian berkenaan tayar yang digunakan oleh kereta terbang yang kononnya hasil kerjasama syarikat Malaysia-China (walhal China 100%). Beli tayar di kedai D.I.Y katanya. Kita kena faham dulu apa fungsi tayar itu sebenarnya.

14. Boeing pada awal tahun ini ada buat test flight untuk kereta terbang milik mereka. Cuba kita lihat jenis tayar yang mereka gunakan, mirip atau tidak dengan yang dilancarkan di Malaysia? 

76183721_10221463283391485_6320570681356451840_o.jpg

https://boeing.mediaroom.com/2019-01-23-Boeing-Autonomous-Passenger-Air-Vehicle-Completes-First-Flight

15. Sepatutnya Pak Wan tak perlu layan dan beri peluang untuk media cetus publisiti melampau. Biarkan rancangan kereta terbang ini dilakukan secara senyap. Kementerian hanya perlu beri galakkan dan peluang kepada pemain industri tempatan untuk berkembang.

16. Universiti tempatan juga perlu dilibatkan secara bersama. Ini penting kerana tak guna kita cipta industri besar, tetapi universiti tempatan masih tidak bersedia atau tidak mampu untuk melahirkan graduan yang boleh mengisi peluang pekerjaan dalam industri ini kelak (jika benar industri kereta terbang berjaya di Malaysia).

17. Sayang, idea yang baik, tetapi pelaksanaan dan perancangan yang hancur. Macam kartun.

Ikhlas,

#KANS


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.