“Ahli BOD NAFAS dakwa KSU sabotaj Menteri Pertanian” – Dr Kamarul.

Media sosial, 24 Nov  :  Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusof, berkata seorang Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Normah Yusof melakukan dakwaan secara terang-terangan bahawa “Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Datuk Mohd Sallehuddin Hassan melakukan sabotaj ke atas menteri pertanian, ” berhubung isu tender baja kepada NAFAS.

Dr Kamarul berkata demikian dalam satu hantaran di akaun facebooknya

“Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, mendakwa secara umum bahawa isu tender NAFAS berlaku ekoran sabotaj daripada pegawai-pegawai kerajaan di Kementerian Pertanian yang pandai-pandai membuka dan membatalkan tender tanpa pengetahuan Menteri Pertanian, Datuk Seri Salahudin Ayub.

Kini seorang pemimpin AMANAH yang juga Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang dilantik oleh Menteri Pertanian, Normah Yusof, secara terang-terang mendakwa bahawa pegawai kerajaan di Kementerian Pertanian yang melakukan sabotaj ke atas Menteri Pertanian ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Datuk Mohd Sallehuddin Hassan, sendiri.

Kita tunggu reaksi Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dulu.

Apa pun, agak mengejutkan bila AMANAH juga dilihat bersifat perkauman.” – Dr Kamarul Zaman Yusof,

Beliau kemudian menyertakan lima tangkap layar komen yang didakwa dilakukan oleh ahli jemaah pengarah NAFAS terbabit.
5
Kredit FB Dr Kamarul Zaman Yusof,
1
Kredit FB Dr Kamarul Zaman Yusof,
2
Kredit FB Dr Kamarul Zaman Yusof,
3
Kredit FB Dr Kamarul Zaman Yusof,
4
Kredit FB Dr Kamarul Zaman Yusof,
Hasil siasatan Buletin TTKM mendapati komen Normah Yusof itu dilakukan di hantaran FB di sini , tetapi beberapa komen yang didakwa dilakukan oleh Normah Yusof seperti yang ditangkap layar oleh Dr Kamarul hilang dipercayai telah dipadamkan.
Walaubagaimanapun, seorang facebooker, Sahadin Ahmed telah mengesahkan kepada Buletin TTKM bahawa beliau melihat komen terbabit  sebelum ia dipadamkan malah sempat membuat tangkap layar.
a
Buletin TTKM kini sedang menunggu  maklum balas dari Puan Normah Yusof dan KSU Kementerian Pertanian berhubung dakwaan tersebut.
Untuk rekod,  Puan Normah merupakan bekas Ketua Angkatan Wanita AMANAH Pahang dan beliau bersama 5 yang lain dilantik oleh menteri, Salahuddin Ayub sebagai ahli jemaah pengarah NAFAS.

Pada perkembangan yang sama, Salahuddin mengakui beliau menulis surat kepada perdana menteri mengesyorkan tender pertanian padi bernilai RM1.4 bilion diberi kepada Nafas.

Beliau berkata menulis surat sokongan itu bukan merupakan kesalahan kerana tender itu belum diputuskan dan  ia akan memberi manfaat kepada 920,000 ahli Nafas pada akhirnya dan bukan untuk perkayakan dirinya.

Sebelum itu, Presiden MCA Wee Ka Siong meminta Salahuddin untuk mengesahkan ada menteri menulis surat sokongan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Walaubagaimanapun, Salahuddin tidak hadir pada sidang jumaat lepas dan isu terbabit dijawab oleh timbalannya tetapi  beliau tidak membuat pengesahan secara jelas mengenai kewujudan surat tersebut.

Ahli Parlimen Jelutong, Rayer pula mempersoalkan bagaimana Wee Ka Siong memperoleh dokumen sulit terbabit.

Ia kemudian dicelah oleh Ahmad Maslan yang berkata semua pihak boleh mendapatkan surat terbabit kerana ia tidak diletakkan di bawah OSA.

Wee Ka Siong pada jumaat mempersoalkan pemberian projek pembekalan input pertanian sektor padi kepada Nafas, yang melibatkan peruntukan RM1.4 bilion, mendakwa ia diberi secara rundingan terus walaupun tewas dalam persaingan tender terbuka- Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.