Tutup Lynas tiada dalam manifesto PH, kata menteri.

KUALA TERENGGANU – Penutupan operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) tidak terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) seperti yang sering dibangkitkan, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Bernama memetik beliau berkata, semua Ahli Parlimen kerajaan perlu menghormati keputusan kerajaan untuk meneruskan projek terbabit serta mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penduduk di kawasan terlibat.

“Tidak pernah ada dalam manifesto PH untuk tutup Lynas pada Pilihan Raya Umum ke-14. Semua orang boleh tengok dan semak kalau ada.
“Saya minta rakan-rakan dalam PH janganlah bangkitkan perkara ini sehingga timbulkan rasa tidak selesa kepada penduduk kerana pakar sudah sahkan kilang ni selamat,”

Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Usahawan Terengganu di sini hari ini.

Pada rabu lepas, ahli parlimen DAP Kepong,  Lim Lip Eng mengkritik  kerajaan Pakatan Harapan kerana  gagal menunaikan janji, antaranya isu Lynas sebagai punca gabungan parti pemerintah itu digelar penipu dan kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai baru-baru ini.

“Kita kalah teruk di Tanjung Piai mengapa? Sebab kerajaan ini tidak memenuhi janji manifesto, salah satu yang relevan di kementerian ini berhubung isu Lynas. Sebelum PRU, PH janji nak batalkan Lynas dan hantar balik sisa ke negara asal, jadi apa telah dibuat?

“Menteri jangan main perkataan di dalam manifesto tidak sebut isu Lynas, jangan main-mainkan pengundi. PH sebelum PRU kata kita menang, esok batalkan Lynas.

 

 

“Sekarang (hampir) 2 tahun, kilang Lynas masih ada. Menteri-menteri tandatangan perjanjian (baru) lagi, apa sudah terjadi?”  – Lim Lip Eng

Tambah Lim lagi, kegagalan PH menunaikan manifesto PRU14 turut menyebabkan gabungan itu dilabel “kaki kencing dan pengecut” sambil mendesak Putrajaya mencari jalan menutup kilang Lynas di Gebeng.

“Pengundi, rakyat di luar sana, pembangkang panggil kita kencing, pengecut. Kita tidak mahu kerajaan songsang, kita tidak mahu jadi kerajaan ‘U-turn’,” – – Lim Lip Eng

Pada 2012, satu himpunan gergasi anti Lynas; Himpunan Hijau 2.0 diadakan di Kuantan menarik 20 000 penunjuk perasaan yang turut dianjurkan bersama oleh ahli parlimen PKR Kuantan Fuziah Salleh.

Himpunan anti-Lynas pada 2012 di Kuantan.

Ketika itu, Anwar Ibrahim berjanji pakatan akan membatalkan projek Lynas sekiranya mereka mengambil-alih Putrajaya. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.