Syed Saddiq U-turn: “NFDP lebih penting daripada siaran percuma EPL”

Dewan Rakyat, 25 Nov:  Kementerian Belia dan Sukan lebih mengutamakan pemerkasaan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) berbanding siaran percuma bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendakwa ia berdasarkan maklum balas daripada generasi muda yang berkata sebahagian besar mereka mahukan pembangunan bola sepak peringkat akar umbi ditingkatkan, berbanding desakan siaran percuma EPL.

“Siaran percuma EPL bukan keutamaan kami,” – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) di Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan terdahulu  mahu mendapat penjelasan mengenai janji Pakatan Harapan (PH) untuk menyiarkan siaran langsung EPL di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tambah Syed Saddiq lagi, kerajaan memberikan peruntukan jauh lebih tinggi untuk NFDP iaitu daripada RM15 juta kepada RM45 juta sekaligus membuktikan kesungguhan kerajaan mengembalikan status negara sebagai kuasa bola sepak Asia sehingga pernah beraksi di Sukan Olimpik pada era 1970-an dan 1980-an.

Pada 7 Januari 2018, Syed Saddiq berciap di twitternya bahawa siaran Liga Inggeris percuma  bukanlah impian malah boleh menjadi realiti dan berkata ia merupakan harapan anak muda.

 

PEMUDA Pakatan Harapan (PH)  turut menjanjikan perlawanan bola sepak percuma Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya mengundi PH pada PRU 14.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 7 Januari 2018 berkata, sebagai peminat tegar pasukan Liverpool, beliau mahu jutaan peminatnya di negara ini turut merasai kemeriahan liga sukan terulung dunia itu.

“Sebagai peminat pasukan Liverpool saya mahu semua orang menyaksikan kehebatan pasukan ini.

Hak penyiaran liga sukan utama haruslah dibuka kepada semua. Takkan hanya nak tunggu Astro sahaja,” – Nik Nazmi Nik Ahmad

Pakatan Harapan sejak memenangi PRU 14 lepas seringkali memungkiri janji manifesto mereka sendiri.

Pada pilihanraya kecil Tanjung Piai baru-baru ini, Pakatan Harapan menerima kekalahan yang memalukan apabila kalah di tangan Barisan Nasional dengan lebih 15k majoriti undi.

Antara sebab kekalahan teruk itu adalah kegagalan Pakatan Harapan menunaikan janji manifesto mereka – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version