Abu Chin Peng dibawa pulang, ditaburkan ke laut dan gunung di Perak.

Setiawan, 26 Nov: Mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang meninggal dunia pada 2013 akhirnya dapat “kembali ke rumah” pada 16 September tahun ini selepas enam tahun kematiannya.

Malaysiakini melaporkan kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng dibawa pulang oleh mereka dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu dan ditabur ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua lahir di Sitiawan, Perak pada 1924. Semenjak Perjanjian Damai Hat Yai pada 1989, dia telah bermastautin di Thailand.

Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook, 81 tahun berkata selepas abu mayatnya tiba di Ipoh, mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang pada hari yang sama.

Menurut Chai, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut di Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa, tanpa sebarang tugu atau jirat.

Ketika pemerintahan kerajaan BN terdahulu, abu  mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (KPM), Chin Peng tidak dibenarkan untuk dibawa balik ke negara ini sama sekali.

Zahid Hamidi yang ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri, berkata, sewaktu zaman komunis, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah menyebabkan ramai polis atau tentera yang gugur.

“Kalau Chin Peng seorang yang mahu dihormati, bagaimana dengan saudara mara dan anak beranak kepada polis dan tentera yang telah dibunuh oleh pengganas komunis akibat individu itu.

“Saya tidak emosi dalam perkara ini, tapi berapa ramai yang mati berbanding mahu menghormati yang seorang ini (Chin Peng),” – ¬†Zahid Hamidi

Ahmad Zahid ketika itu mengulas mengenai laporan Pengerusi Setiakawan Malaysia Abad ke-21, Lee Huck Tee yang mendesak agar kerajaan membenarkan mayat atau abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia.

Alasan Tee ialah kerajaan perlu menghormati Perjanjian Perdamaian Hatyai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 bersama PKM dan kerajaan Thailand dengan salah satu syarat perjanjian adalah ahli PKM dibenarkan kembali ke negara ini jika mereka mahu berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau juga tidak mahu ada pemujaan berlaku jika abu mayat Chin Peng ditempatkan di biara tertentu di negara ini. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.