Kerajaan Melaka dimalukan, usul lantik senator dari PKR ditolak.

Melaka, 26 Nov : Kerajaan negeri Melaka dimalukan di dalam dewan undangan negeri semalam apabila usul untuk melantik calon senator dari PKR ditolak dengan majoriti 1 undi, pertama kali dalam sejarah negara.

Calon tersebut, Halim Bachik gagal dipilih apabila hanya mendapat 12 undi dari adun Pakatan Harapan manakala 13 adun dari UMNO-BN menolak usul tersebut.

3 adun dari PH tiada sewaktu pengundian dijalankan iaitu dua dari PKR : Ginie Lim (Machap Jaya) dan Muhammad Jailani Khamis (Rembia), manakala seorang lagi adun DAP yang ditahan SOSMA G. Saminathan (Gadek).

Sekiranya dua dari ADUN PKR tersebut hadir sewaktu pengundian dijalankan, usul tersebut tidak mungkin dikalahkan.

Buletin TTKM telah menghubungi kedua-dua adun PKR tersebut untuk maklum balas mereka.

Sementara itu, hari ini Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menggesa adun PKR tersebut menjelaskan ketidakhadiran mereka semasa pemilihan senator semalam.

“Kami akan meminta mereka menjelaskan,” – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi, mereka akan membuat kenyataan penuh sebaik sahaja mendapat semua fakta dan maklumat tambahan berhubung insiden tersebut.

“Keadaan ini yang tidak diingini dan paling dibimbangi PKR. Tetapi saya ingin katakan bahawa kita menyokong sepenuhnya kerajaan negeri Melaka,”  – Fahmi Fadzil

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.