Papar 5 bucu bintang pada Jalur Gemilang, MABA mohon maaf, laporan polis dibuat.

Kuala Lumpur, 26 Nov: Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

Kami memohon maaf di atas kesilapan itu dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk tindakan sedemikian.

Tolong maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha untuk membangun dan mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia,”  – Kenyataan MABA,

Warga net mengecam tindakan penganjur yang tidak peka dan sensitif mengenai jalur gemilang dan mendesak MABA dikenakan tindakan sewajarnya.

Sementara itu Westports Holdings Berhad masih menunggu penjelasan daripada MABA dan kontraktor yang terlibat berhubung paparan klip video bendera Malaysia dengan lima bintang.

Pengarah Urusan Westport, Datuk Ruben Gnanalingam berkata, syarikat itu menyedari mengenai kesilapan tersebut.

Westport adalah antara penaja rasmi Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 yang berlangsung dari 25 November hingga 1 Disember ini.

Pada perkembangan yang sama, pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung punca insiden tersebut, lapor Awani.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, kertas siasatan dibuka selepas pihak MABA sendiri tampil  membuat laporan polis kira kira jam 10.07 pagi tadi.

“Untuk makluman, pihak MABA telah membuat laporan polis berkenaan kes ini. Polis Kuala Lumpur telah membuka siasatan.”

“Polis akan menyiasat sama ada insiden berkenaan mempunyai motif lain, dan penganjur juga sudah mengeluarkan permohonan maaf,” 

Presiden MABA turut hadir bagi menjelaskan insiden berkenaan dan memaklumkan kesilapan yang dipercayai berlaku di pihak kontraktor Teknologi Maklumat (IT).

Sehubungan dengan insiden berkenaan ini, polis menasihatkan pihak penganjur setiap acara agar sentiasa memeriksa terlibat dahulu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Ini bukan pertama kali kes seumpamanya berlaku. Sebelum ini, taikun Country Height mencetuskan kontroversi kerana menaikkan gambar bendera jalur gemilang berjalur hitam putih. Selain itu, ada juga yang memasang bendera tersebut secara terbalik sempena hari kemerdekaan baru-baru ini menyebabkan kemarahan orang ramai.  -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.