Abu Chin Peng: Mat Sabu elak jawab.

Kuala Lumpur, 27 Nov: MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu enggan mengulas tindakan sekumpulan individu membawa masuk abu may@t bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia.

TMI memetik Mohamad sebagai berkata, beliau menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjalankan siasatan dan hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas siasatan selesai.

“Saya tidak buat apa apa kenyataan sehingga KDN mengeluarkan hasil siasatan.

“Sehingga KDN mengeluarkan hasil siasatan.. baru saya akan komen,” – Mohamad Sabu

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tindakan membawa pulang abu may@t Chin Peng akan mengguris hati perasaan polis dan tentera yang berjuang melawan komunis dahulu. 

Sebelum ini, pada 2013, Mohamad Sabu berpendirian tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan BN terdahulu menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kerana katanya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan abu mayat pemimpin komunis itu.

Katanya, Islam sendiri tidak pernah menghalang mayat musuh agama untuk dijauhkan daripada tempat suci dan keadaan seumpama turut berlaku di Mekah.

“Mengapa kita hendak takut dengan abu mayat ini? Kubur Abu Jahal, Abu Lahab masih ada di sekitar Mekah. Tidak ada masalah sebenarnya,” 

“Kubur Firaun pun masih ada di Mesir. Tidak jadi masalah pun, dekat pula dengan Universiti Al-Azhar,” – Mohamad Sabu 

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan dan melawan penjajah British sebelum Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957.

“Dia menentang dan membunuh Sir Henry Gurney yang membawa orang Yahudi masuk ke Palestin.

“Selepas 31 Ogos 1957, saya tidak berani komen kerana Malaya sudah Merdeka,”  – Mohamad Sabu 

Abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa masuk ke negara ini dua bulan lalu dan ditabur di laut dekat Lumut serta di kawasan Banjaran Titiwangsa di Perak.

Abu mayatnya dilaporkan tiba di Ipoh pada 16 September lalu dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari yang sama.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman sebelum ini menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini.

Jelasnya, kerajaan kekal dengan dasar melarang abu mayat Chin Peng dibawa masuk sebagaimana diputuskan sebelum ini dan akan menyiasat kesahihannya.

“Sehingga kini memang tiada permohonan diterima dan KDN sendiri tidak pernah tahu abu mayat Chin Peng berkenaan sudah dibawa masuk pada 16 September lalu sebagaimana dilaporkan portal berita (Malaysiakini) terbabit.

“KDN hanya mendapat maklumat mengenainya apabila menerima persoalan daripada pelbagai pihak termasuk media hari ini,”  – Azis Jamman

Susulan daripada itu kata Azis, KDN akan menyiasat kesahihan mengenai dakwaan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu dibawa masuk ke Malaysia.

Chin Peng yang lahir di Sitiawan, Perak pada 1924 meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September 2013 ketika usianya 90 tahun.

Kerajaan pada ketika itu memutuskan larangan kepada mana-mana pihak bagi membawa mayat atau pun abunya pulang ke Malaysia untuk disemadikan kerana tidak mahu mengguris perasaan  tentera dan polis yang menjadi mangsa keganasan komunis ketika era darurat dulu.

“Kalau Chin Peng seorang yang mahu dihormati, bagaimana dengan saudara mara dan anak beranak kepada polis dan tentera yang telah dibun*h oleh pengga@s komunis akibat individu itu.

“Saya tidak emosi dalam perkara ini, tapi berapa ramai yang mati berbanding mahu menghormati yang seorang ini (Chin Peng),” – Zahid Hamidi, bekas menteri dalam negeri.

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.