Harga RON95 naik 1 sen atau 2 sen seminggu tahun depan.

Dewan Rakyat 27 Nov : Harga petrol RON 95 akan diapungkan secara berperingkat  dengan kenaikan 1 sen atau 2 sen seminggu  sehingga ia mencapai harga pasaran sejajar dengan program subsidi bersasar  bermula tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, harga RON95 akan dikekalkan pada harga RM2.08 sen seliter di Sabah dan Sarawak  kerana program subsidi bersasar tidak dijalankan di kedua negeri tersebut.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata demikian ketika sesi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat, hari ini sebagai menajwab menjawab soalan tambahan dikemukakan Rubiah Wang (GPS-Kota Semarahan) yang bertanya sama ada kerajaan mempunyai mekanisme kementerian bagi  mengelak harga barang meningkat selepas pelaksanaan program subsidi petrol (PSP)

” Untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan juga untuk supaya harga barangan tidak akan melambung mendadak kita akan mengapungkan harga petrol berperingkat iaitu 1 sen atau 2 sen satu minggu sehinggakan harga RON95  mencapai harga pasaran. Tetapi untuk Sarawak kita akan kekalkan harga petrol RON95 pada harga tahap sekarang iaiatu RM2.08. Oleh itu program subsidi bersasar tidak akan dilakukan di sarawak kerana subsidi secara pukal dikekalkan pada harga RM2.08. “ – Chong Chieng Jen

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen DAP Kuching turut berkata, kementerian ada Akta Kawalan Harga supaya peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan berlebihan selepas pelaksanaan PSP.

Sebelum ini, naib presiden PKR, Rafizi Ramli berkata untuk mengurangkan harga barang, harga petrol perlu diturunkan. Beliau juga membentangkan kaedah bagaimana harga petrol boleh ditetapkan pada harga RM1.50 seliter.

Tetapi setelah PH menang pilihanraya umum ke 14 lepas, formula yang dibentangkan Rafizi Ramli tersebut didapati tidak diguna pakai kerajaan, sebaliknya pada tahun hadapan harga petrol akan diapungkan kembali seperti yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Harga barangan juga didapati tidak turun walaupun GST telah digantikan dengan SST-Buletin TTKM-

rafizi.jpg
Tangkap layar video kempen Rafizi ketika PRU14.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.