(Berikut merupakan prosedur bawa balik abu mayat seperti yang disiarkan di laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia- Editor)
Abu mayat warganegara Malaysia yang meninggal dunia di luar negara boleh dibawa balik ke Malaysia.
Abu mayat isteri atau suami yang bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia di luar Negara juga boleh dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan persemadian.
Ahli keluarga atau sesiapa juga boleh membawa masuk abu mayat bukan warganegara Malaysia dengan syarat mendapat kelulusan dari pejabat kedutaan Malaysia di negara berkenaan.
Prosedur yang perlu diikuti untuk membawa balik abu mayat adalah seperti berikut :
- Abu mayat dibenarkan dibawa balik ke Malaysia oleh isteri/suami/keluarga/saudara/rakan/wakil yang diberi kebenaran oleh ahli keluarganya tanpa memerlukan Permit Mengimport dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Prosedur yang perlu diikuti untuk membawa keluar mayat adalah sama seperti prosedur membawa masuk melainkan keperluan untuk mendapatkan permit membawa keluar mayat. Bagi abu mayat, pembawa hendaklah memaklumkan pegawai kastam yang bertugas di pintu-pintu keluar Negara mengenainya dengan menunjukkan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.