‘Kereta terbang’: PAC dedah kerajaan labur RM20 juta, minta audit dijalankan.

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan projek “kereta terbang” menerima dana sebanyak RM20 juta dari pada kerajaan walaupun sebelum ini ia dilaung-laungkan sebagai projek inisiatif swasta.

Dalam satu laporan yang dibentangkan hari ini berhubung kenderaan mobiliti tersebut, PAC berkata walaupun sebelum ini Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof mengumumkan bahawa projek kereta terbang itu adalah dipacu oleh pihak swasta, ia mendapati Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) meluluskan pelaburan berjumlah RM20 juta dalam syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd (AVSB).

“MIGHT menerusi Venture Tech Sdn Bhd (VTSB) meluluskan pelaburan dalam AVSB. 

Ia juga diperakui oleh Kementerian hal ehwal ekonomi bahawa dana tersebut telah dipindahkan kepada AVSB pada 1 Nov 2019.”  – Laporan PAC

Tambah laporan itu lagi, menteri terbabit secara terbuka mempromosikan AVSB sejak bulan Februari tahun ini. Walau bagaimanapun, PAC berkata kerajaan tidak melakukan “due diligence” terhadap AVSB sama ada ia mempunyai kewangan, hak intelektual, kemahiran atau kapasiti untuk membangunkan projek kereta terbang.

“PAC mendapati pengumuman pembangunan projek kereta terbang oleh menteri dikalukan terlalu awal tanpa perancangan terperinci atau memaklumkan kabinet mengenainya. Menteri mempromosikan projek itu seolah-olah ia adalah projek nasional. PAC mendapati bahawa projek ini sebenarnya adalah inisiatif swasta. ”  – Laporan PAC

PAC juga mendapati bahawa prototaip kereta terbang itu akan dibina di Jepun kerana ia mempunya ekosistem dan fasiliti untuk membina kereta terbang, bertentangan dengan kenyataan Redzyan bahawa ia akan menggunakan teknologi tempatan untuk membangunkan projek tersebut.

“PAC juga ambil maklum bahawa tiada undang-undang ketika ini untuk pengawasan dan penggunaan kereta terbang di Malaysia. ” – Laporan PAC

PAC kemudian membuat rekomendasi di dalam laporan itu, supaya diadakan persiapan dan pembentangan kertas lengkap kepada kabinet untuk mendapatkan kelulusan mengenai hal berkaitan dengan rakyat.

“Perancangan dan kajian juga harus dilakukan secara menyeluruh sebelum projek diumumkan kepada umum supaya ia tidak memberi persepsi negatif atau menjadi perkara yang akan dikritik oleh masyarakat” – Laporan PAC

Selain itu kementerian pembangunan usahawan juga dinasihati supaya melakukan koordinasi dengna kementerian, agensi dan jabatan lain dalam menimplementasikan sebarang program kerajaan atau projek sebelum memperoleh pendapat umum.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dinasihati untuk melakukan due diligence sebelum membuat sebarang pengumuman atau keputusan.

VTSB juga perlu melakukan pemantauan yang lebih terhadap perbelanjaan AVSB untuk memastikan pelaburan RM20 juta oleh VTSB digunakan untuk tujuan yang diluluskan” – Laporan PAC.

PAC juga meminta  Jabatan Audit Negara melakukan audit terhadap pelaburan RM20 juta tersebut.

Untuk rekod, Mohd Redzuan sebelum ini mengumumkan kereta terbang Malaysia pertama akan dilancarkan pada oktober 2019. Beliau turut berkata di dalam dewan rakyat bahawa sokongan kerajaan terhadap projek yang didanai oleh pihak swasta itu bertujuan untuk membangunkan human capital. 

Ketika scale model kereta terbang itu pertama kali ditunjukkan kepada awam sewaktu pameran LIMA di Langkawi, ia menjadi bahan troll netizen kerana kipasnya yang seakan-akan mirip kipas KDK.

4052a3d04a786e405b7e1c6ad624b1ac

Minggu lepas , kereta terbang lain yang ditunjukkan, model super drone dari syarikat china E-Hang 216 beroda troli yang diletakkan pada empat kakinya, turut menjadi bahan troll netizen.

ehang1

Super-drone tersebut tidak dapat melakukan ujian terbang yang sepatutnya dinaiki oleh Redzuan kerana tidak mendapat kelulusan PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Perkara itu juga tidak dilepaskan menjadi bahan troll netizen dengan melabelkannya sebagai “kereta terbang tak jadi terbang”. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.