PRK Tg. Piai: 10 kes salah guna sumber kerajaan oleh PH libatkan RM23.93 juta – Bersih

Oleh : Bersih

BERSIH 2.0 telah mencatat 10 kes salah guna sumber kerajaan untuk berkempen oleh
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Johor dalam PRK Tanjung Piai yang melibatkan jumlah sekurang-kurangnya 23.93 juta.

Walaupun undang-undang yang ada masih belum menjadikan perbuatan tersebut sebagai satu kesalahan untuk kerajaan menggunakan kedudukan dan sumber kerajaan untuk berkempen bagi parti politik mereka, namun ianya bercanggah dengan prinsip pilihan raya adil dan bersih dan etika politik apabila tidak ada pemisahan antara peranan kerajaan dan tugas parti di dalam kempen pilihan raya.
Kes-kes yang dicatat adalah seperti berikut:
1. Pada 13 Oktober 2019, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida
Kamaruddin mengumumkan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi kerja-kerja baik pulih di Kukup ketika menjalankan lawatan kerja di kawasan tersebut.
2. Pada 15 Oktober 2019, Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun
mengumumkan pemasangan 264 lampu jalan di jajaran jalan raya luar bandar di
Tanjung Piai dengan kos RM127,776 dan menyampaikan 23 geran berjumlah
RM230,000 kepada 23 wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan
parlimen Tanjung Piai.

3. Pada 19 Oktober 2019, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq mengumumkan
peruntukan berjumlah RM4 juta untuk menaik taraf enam gelanggang futsal dan satu
padang bola sepak di Tanjung Piai.
4. Pada 20 Oktober 2019, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub
mengumumkan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi membina semula dan menaik
taraf jeti di Jeram Batu, Sungai Boh dan Pengkalan Penghulu.
5. Pada 28 Oktober 2019, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengumumkan RM7
juta peruntukan tambahan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi disalurkan bagi
pembangunan Tanjung Piai sewaktu Majlis Memperkenalkan Calon PH.
6. Pada 1 November 2019, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub
memberi RM56,000 bantuan khas kepada seorang nelayan yang rumahnya terbakar,
memperuntukkan RM1 juta untuk membantu 78 penternak ikan sangkar yang terjejas
akibat taufan dan RM1 juta lagi bagi pemulihan jeti nelayan uzur di Tanjung Piai.
7. Pada 4 November 2019, Menteri Pertanian dan Industri Tani memberi sumbangan
RM5,000 kepada SJK (C) Pei Chio, Kukup Laut.
8. Pada 6 November 2019, Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal mengumumkan
bantuan khas RM1,000 kepada nelayan pantai yang terjejas akibat kegiatan
pembangunan di Johor Selatan. Ia membabitkan kos sebanyak RM1.513 juta daripada
Tabung Pembangunan Nelayan Negeri Johor.
9. Pada 11 November 2019, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan
peruntukan berjumlah RM3 juta untuk enam sekolah di kawasan Tanjung Piai untuk
membina dewan terbuka. Beliau membuat pengumuman tersebut di majlis pecah tanah
dewan terbuka SK Batu 24, Pekan Nanas bersama calon PH Karmaine Sardini.

10. Pada 10 November 2019, ketika menghadiri program Sembang Santai Mesra Harapan
bersama calon PH Karmaine Sardini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali
mengumumkan kerajaan akan mewujudkan sebuah koridor ekonomi baharu di Johor
yang akan menggalakkan pembangunan dan merangsang aktiviti ekonomi di
daerah-daerah kecil di negeri ini, mulai tahun hadapan.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.