RM20 juta untuk projek kereta nasional ke-3, bukan kereta terbang- Kementerian Pembangunan Usahawan

Kementerian Pembangunan Usahawan menerangkan bahawa RM20 juta yang diperuntukkan oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) bukan untuk “kereta terbang” (super dron) yang dibangunkan oleh Aerodyne Group, sebaliknya ia adalah untuk inovasi, kajian dan pembangunan projek kereta nasional ketiga, di mana DreamEdge telah dipilih sebagai syarikat pelaksana dan di terajui oleh Might.

Dalam satu kenyataan panjang lebar 6 muka surat yang dikeluarkan malam tadi, kementerian tersebut turut berkata ia tiada  sebarang peruntukan dan kuasa utnuk meluluskan dana untuk pelaburan dalam mana-mana projek dron.

“Projek ini (super dron) adalah inisiatif swasta dan sepenuhnya dibiayai oleh syarikat tempatan. Projek ini juga tidak melibatkan sebarang peruntukan dari kerajaan, oleh itu ia tidak dibawa kepada Majlis Pembangunan Negara atau kabinet kerana ia tidak memerlukan kelulusan kerajaan”

Oleh itu, menurut kenyataan itu lagi, tiada keperluan untuk megadakan audit kewangan atau hak intelektual kerana Aerodyne bukanlah usahasama kerajaan.

“Projek ini tidak melibatkan sebarang peruntukan dari kementerian dan kementerian tidak akan mengalami sebarang kerugian sekiranya projek ini gagal dilaksanakan.

Kementerian mengambil maklum rumusan dan cadangan PAC berkaitan dengan Air Mobility. Pihak kementerian sedang menyediakan makum balas yang lengkap. Walau apa pun, maklumat yang dikemukakan oleh kementerian ini adalah berdasarkan maklumat yang berada dalam kementerian. Maklumat berkenaan tindakan agensi lain akan dilihat kembali oleh kementerian.

Walaubagaimanapun, Buletin TTKM mendapati sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Liking sebelum ini berkata kerajaan tidak akan memperuntukkan sebarang dana untuk pembangunan kereta nasional ketiga itu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada akhir tahun lepas turut berkata  kerajaan tidak berhasrat melabur dalam projek kereta nasional ketiga berikutan faktor pelaburan yang terlalu tinggi. Beliau berkata, projek kereta nasional ketiga itu memerlukan perbelanjaan besar, selain memerlukan pembabitan pelaburan swasta.​

Semalam, PAC dalam laporannya yang dibentangkan di dewan Rakyat mendedahkanprojek “kereta terbang” menerima dana sebanyak RM20 juta dari pada kerajaan walaupun sebelum ini ia dilaung-laungkan sebagai projek inisiatif swasta.

Dalam satu laporan yang dibentangkan semalam,  berhubung kenderaan mobiliti tersebut, PAC berkata walaupun sebelum ini Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof mengumumkan bahawa projek kereta terbang itu adalah dipacu oleh pihak swasta, ia mendapati Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) meluluskan pelaburan berjumlah RM20 juta dalam syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd (AVSB).

“MIGHT menerusi Venture Tech Sdn Bhd (VTSB) meluluskan pelaburan dalam AVSB. 

Ia juga diperakui oleh Kementerian hal ehwal ekonomi bahawa dana tersebut telah dipindahkan kepada AVSB pada 1 Nov 2019.”  – Laporan PAC

Tambah laporan itu lagi, menteri terbabit secara terbuka mempromosikan AVSB sejak bulan Februari tahun ini. Walau bagaimanapun, PAC berkata kerajaan tidak melakukan “due diligence” terhadap AVSB sama ada ia mempunyai kewangan, hak intelektual, kemahiran atau kapasiti untuk membangunkan projek kereta terbang.

Selain itu kementerian pembangunan usahawan juga dinasihati oleh PAC supaya melakukan koordinasi dengna kementerian, agensi dan jabatan lain dalam menimplementasikan sebarang program kerajaan atau projek sebelum memperoleh pendapat umum.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dinasihati untuk melakukan due diligence sebelum membuat sebarang pengumuman atau keputusan.

VTSB juga perlu melakukan pemantauan yang lebih terhadap perbelanjaan AVSB untuk memastikan pelaburan RM20 juta oleh VTSB digunakan untuk tujuan yang diluluskan” – Laporan PAC.

PAC turut meminta  Jabatan Audit Negara melakukan audit terhadap pelaburan RM20 juta tersebut.

 

– Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.