400 termasuk bekas ahli PKM bertemu

Kajang, 1 Disember: Lebih kurang 400 orang termasuk bekas ahli parti komunis Malaya, menghadiri majlis meraikan ulang tahun ke 30 perjanjian damai Hat Yai di satu kolej swasta hari ini.

Buletin TTKM difahamkan acara tersebut adalah acara yang diadakan secara tertutup.

Menurut Malaysiakini, antara yang hadir termasuklah adun Sungai Pelek, Ronnie Liu, pemimpin veteran PKR, Syed Husin Ali, Pengerusi PSM, Dr Michael Jeyakumar dan profesor UKM, Abdul Rahman Embong.

Acara yang bermula jam 10 pagi itu menyaksikan acara penyampaian ucapan oleh bekas ahli KPM. Turut berucap adalah Ronnie Liu dan Michael.

Salah seorang bekas ahli CPM, Tan Yi Yu berkata tujuan acara ini dilakukan antara lain adalah untuk mengembalikan kebenaran sejarah mereka.

“Ini adalah juga untuk mengembalikan kebenaran yang telah dipesongkan dan memperbetulkan persepsi tidak betul orang awam terhadap sejarah kita. 

Perjuangan KPM adalah peperangan anti-kolonial dan anti -imprelisme, yang berjuang untuk kemerdekaan, demokrasi, kebebasan dan keamanan.” – Tan Yi Yu

Sementara itu, Ronnie Liu yang menekankan bahawa kehadirannya adalah dibawah kapasiti peribadinya, menceritakan kisah mengenai datuk dan abangnya yang terlibat dalam pergerakan komunis.

Katanya lagi, datuknya terlibat dalam pergerakan membebaskan Malaya dari British sebaik sahaja Jepun dihalau keluar. Datuknya kemudian dibuang negeri ke negara China.

“Saya bimbang perkacakapan saya di sini hari ini akan menyebabkan segelintir menggambarkan saya sebagai komunis atau simpati kepada komunis, tetapi saya masih berfikir terpanggil untuk berucap” – Ronnie Liu.

Pada Selasa lepas, media mendedahkan abu mendiang Chin Peng telah dibawa pulang ke Malaysia dimana ia ditaburkan di banjaran titiwangsa dan laut di Perak, telah menyebabkan kritikan ramai pihak.

Berikutan itu, Datuk Seri Wan Azizah, timbalan perdana menteri berkata KERAJAAN tidak pernah menerima permohonan membawa masuk abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata beberapa pimpinan PKM telah pulang ke Malaysia tanpa sebarang masalah, malah katanya penindasan dan penjajahan oleh pihak Jepun juga turut dilupakan.

Ini bertentangan dengan pendirian Tun Dr Mahathir sendiri pada 2013 yang berkata tindakan kerajaan ketika itu (BN) yang tidak membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang adalah betul.

Sejak dari awal, perang yang dilancarkan oleh Chin Peng dan PKM adalah dengan matlamat untuk menjadikan Malaya sebagai sebuah negara pimpinan kuku besi dengan pemimpin PKM sebagai diktator.

Mereka tidak ada hasrat untuk memberi rakyat hak untuk memilih Kerajaan. PKM ingin menukar pemerintahan British Kolonial dengan pemerintahan diktator komunis dan bukannya sebuah negara yang merdeka.

Adalah penting untuk diingat bahawa Chin Peng tidak pernah berusaha untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia. Oleh itu, beliau telah melupuskan semua hak sebagai warganegara Malaysia.

Namun begitu, kemungkinan para pendukung dan penyokong berhaluan kirinya akan berhimpun di tempat pengebumiannya sebagai simbol untuk kebangkitan semula PKM di Malaysia. Hubungan kaum sedia ada di Malaysia telah merosot. Dengan Chin Peng sebagai simbol, kemungkinan besar hubungan kaum mungkin meletus dalam keganasan. – Tun Dr Mahathir, 1 Oktober 2013. 

Tindakan Kerajaan untuk tidak membenarkan pengebumian Chin Peng di Malaysia atau membawa abunya kembali adalah tindakan yang betul.

-Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.