Usul undi tak percaya terhadap presiden PKR, Anwar Ibrahim. – AMK Lembah Pantai

*KENYATAAN MEDIA*

*USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PRESIDEN KEADILAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM*

Saya amat berdukacita dan malu dengan tindakan tidak yang bersifat melulu dalam mencantas kepimpinan yang menyokong Timbalan Presiden. Dengan tindakan bermula dengan pelbagai helah dalam menggunakan peraturan-peraturan yang diputuskan sehingga perlembagaan parti.

Pada awalnya, tindakan mendesak Timbalan Presiden meletakkan jawatan. Kemudian diikuti dengan Naib Presiden YB Zuraida dikenakan tindalan disiplin oleh Lembaga Disiplin Parti yang agak melampaui batas apabila pemimpin kanan parti MPP Tuan Zakaria Hamid dipecat oleh parti hanyabkerana disyaki ada unsur rasuah dan diikuti dengan 2 orang AMK Kanan Pengerusi Tetap dan Timbalannya oleh sebab tidak munahsabah iaitu umur melebihi AMK (semasa pemilihan adalah umur dalam lingkungan AMK). Walaubagaimanapun, pihak Presiden gagal dalam mendedahkan kepada umum mengenai kandungan surat daripada SPRM yang dikatakan kukuh untuk memecat Tuan Zakaria menurut Presiden.

Oleh kerana itu, berlakunya perpecahan parti yang teruk sehingga menyebabkan kepercayaan dan kebajikan rakyat terabai dan ramai pemimpin keadilan (Pro-Anwar) yang berjawatan menteri dan timbalan menteri gagal menjalankan amanah yang dengan sempurna. Ia akan menyebabkan rakyat hilang percaya kepada pimpinan parti dan kerajaan. Oleh itu, saya mencadangkan kepada semua pucuk pimpinan disemua peringkat termasuk MPP sendiri untuk mewawarkan USUL UNDI TIDAK PERCAYA terhadap DATUK SERI ANWAR IBRAHIM selaku Presiden PKR kerana gagal menjalankan amanah dan menghormati mandat anggota keadilan, rakyat dan menyempurnakan agenda reformasi.

Tindakan Presiden dalam hanya fokus kepada agenda peribadi beliau sahaja dan mencanang ke seluruh Malaysia bahawa beliau adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-8. Pada masa yang sama beliau tidak mahu bekerjasama dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia didalam kabinet Tun Mahathir Mohamed (Kerajaan Pakatan Harapan) kerana bekiau kini bertahap Perdana Menteri sahaja, bukan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri.

Kami barisan AMK dengan ini mencadangkan *USUL UNDI TIDAK PERCAYA* terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR. Segala tindakan terhadap mangsa kerakusannya (Tuan Zakaria Hamid, Pengerusi Tetap AMK dan Timbalan Pengerusi Tetap AMK) Anwar Ibrahim dan sekutunya adalah tidak sah dan ditolak oleh 20 ahli MPP atas keputusan parti berbuat demikian.

Nazrin Idham Bin Razali
Naib Ketua AMK Lembah Pantai

Mohd Nur Fadli Bin Omar
AJK AMK Lembah Pantai

Mohd Faizal Bin Yahya
AJK AMK Lembah Pantai

Muhammad Yazid Bin Mohamad Salleh
AJK AMK Lembah Pantai

Sumber


Kenyataan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.