Tindakan tegas terhadap penganjur peragaan tattoo separuh b0gel.

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan tatto yang memaparkan pesertanya dalam keadaan separuh b0gel diadakan pada acara itu.

Berita Harian memetik Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi sebagai berkata beliau sudah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara berkenaan.

Beliau menegaskan, ekspo itu bukan kali pertama diadakan di Malaysia dan sejak dianjurkan pada 2015, tiada kejadian seumpamanya berlaku dan dipamer di khalayak ramai.

“Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi ia melanggar ketatasusilaan. Saya sudah mengarahkan MyCeB untuk menyiasat perkara ini.

“Penganjuran acara bertaraf antarabangsa adalah baik untuk industri pelancongan negara, tetapi bukan dengan cara sebegini.

“Ia tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan,”  – Datuk Mohamaddin Ketapi 

Mengulas lanjut, Mohamaddin berkata, kementeriannya tidak pernah memberi sebarang kelulusan untuk acara peragaan separuh bogel.

“Adalah mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen lucah seperti itu, sebab ia bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat adalah beragama Islam.

“Kita akan menanti laporan penuh siasatan MyCeB dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat ditetapkan.” Datuk Mohamaddin Ketapi 

Semalam, video serta gambar menunjukkan pesertanya menayangkan tattoo pada badan mereka dengan keadaan hampir telanj@ng bulat, hanya bahagian puting payudar@ ditutup dengan pita pelekat dan manakala bahagian kemalu@n hanya ditutup menggunakan  tali ( G-string) mendapat kritikan pelbagai pihak.

Acara 3 hari yang berakhir semalam itu  menampilkan lebih 60 artis tattoo dari seluruh pelusuk dunia itu turut mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeb) di bawah kategori Mice (Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions).

Terdahulu video berdurasi 12 saat yang menampilkan dua peserta wanita separuh b0gel dinaikkan di laman facebook rasmi Malaysia Tatto Expo menjadi tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, video tersebut didapati hilang dari laman facebook tersebut dipercayai telah dipadamkan.

Gambar oleh Mao Tattoo Malaysia :

79378239_10158943066902580_214997584572317696_o

79173306_10158943067127580_5551459785171271680_o

78841142_10158943067067580_3264483192899371008_o

78271086_10158943067102580_8155356589671317504_o

77183675_10158943067042580_2915142755044818944_o

78821576_10158943067017580_8080954669339246592_o

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.