Media sosial, 3 Dis : Iklan kerja kosong sebagai Penulis Media Sosial yang ditawarkan oleh DAP dalam satu portal pencarian kerja menjadi bahan troll warganet hari ini.
Iklan tersebut yang menawarkan pendapatan bulanan dari RM2500 sehingga RM5000 menyatakan antara tugas utama sebagai Penulis Media Sosial itu adalah untuk “melawan bencana berita palsu.”
Manakala syarat yang perlu dipenuhi adalah sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana, diploma atau ijazah profesional dalam sebarang bidang dengan pengalaman kerja selama 1 tahun.
Berikut merupakan beberapa komen warganet yang mempersendakan iklan tersebut.
“Bro, kamu ini cybertrooper kategori RM2,500 atau kategori RM5,000? Tanya je.”
“perlukan yg ade degree utk selamatkan bos2 fake degree😅”
“Sikit sangat gajinya. Patutnya basic RM10K. Sekali org viralkan komen dpt RM100. Sekali org like RM50. Barula ok. Jgn lupa sediakan insurance dan bantuan guaman sekali. Masak nnt nak cover diri sorang2. 😂😂😂”
“Penulisan boleh guna huruf jawi tak? Emmm..”
“P.ramlee dah bagitahu tau..klu sanggup tahan maki..otak 3 suku..boleh la apply..hahahaha”
“RM2500 tu yg jenis reply komen org lpas tu kena hentam ,haha”
“Tu diaaaa….xde selindung2 lg dah, legalise terus. Highly paid utk layan socmed je.”
“kenapa tiba2 banyak kekosongan RBA ni? syukur la kembali ke pangkal jalan”
“Sape yg interview nnt?Syahredzan ke?Ke adun ketari?”
” looser gila dah jadi gomen pun nak iklan trooper. admin Suara Rakyat dah tak boleh buat kerja ka.”
“Makan tengah hari ade provide x.”
” haritu dah kena sapu dkt cyber 🤣? Rekruit baru plak la”
Semenjak Pakatan Harapan memenangi PRU 14 lepas di mana DAP merupakan parti komponennya, strategis komunikasi mereka yang membantu membentuk persepsi umum tidak lagi beroperasi dengan optimum kerana kebanyakannya telah mendapat jawatan dalam kerajaan.
“Perhatian mereka kini telah berubah untuk mempelajari bagaimana untuk memerintah dari fokus kepada strategi media untuk melawan mus0h, ia tidak membantu kebanyakan dari staff komunikasi kami (DAP) kerana mereka telah mendapat peluang baru” – Ong Kian Ming.
Tawaran iklan pekerjaan ini dilihat sebagai usaha DAP untuk kembali menguasai persepsi umum di media sosial yang kini dilihat dikuasai pihak pembangkang. – Buletin TTKM-