Tuduhan itu fitn@h, muslihat jatuhkan imej saya dan proses peralihan kuasa – Anwar Ibrahim

Segambut, 5 Disember: Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan bakal PM ke 8 menafikan sekeras-kerasnya dakwaan salah laku seks yang dilemparkan terhadapnya oleh bekas pegawai penyelidiknya, Muhammad Yusoff Rawther semalam.

Anwar turut menyatakan alibi dirinya berhubung tarikh 2 Oktober 2019, dimana insiden yang didakwa berlaku.

“Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati  Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickscn untuk memenuhi jadual kempen.

Setiausaha sulit saya, Shukri Saad akan membuat laporan polis pagi ini berhubung isu yang dibangkitkan dan peguam saya, Ramkarpal Singh juga akan mengutuskan surat tuntutan daripada Muhammed Yusoff Rawther.” – Anwar Ibrahim

Tambah Anwar lagi, keluarga Yusoff turut mengutuk tindakan yang diambil oleh lelaki terbabit, sambil menegaskan ia adalah muslihat untuk menjatuhkan imej beliau.

“Keluarga Muhammed Yusoff Rawther melalui Mohideen Abdul Kader turut mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan  yang dilakukan olehnya selepas lebih setahun kejadian yang didakwa.

Tindakan yang dilakukan ini adalah muslihat  menjatuhkan imej saya menjelang kongres Nasional Keadilan ke-14 dan proses peralihan pimpinan negara.” – Anwar Ibrahim

Yusoff semalam membuat dakwaan tersebut melalui suatu Akuan Berkanun yang  dibacakan dalam satu sidang akhbar.

Rakaman video lapan minit sidang media itu turut disiarkan di halaman facebook Solidariti Buat Muhammed Yusoff Rawter.

Yusoff mendakwa menjadi mangsa c@bul, perbuatan tidak senonoh dan cadangan luc@h semasa kejadian yang didakwa dilakukan oleh Anwar pada 2 Oktober 2018 di kediamannya di Segambut.

Akuan bersumpahnya yang menceritakan secara terperinci kejadian tersebut turut dinaikkan di laman facebook itu. – Buletin TTKM-

 

80066945_2850137708341385_2203051879041073152_o.jpg

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.