Anwar petik kisah si Kitol: Azmin dan ratusan penyokong keluar dewan, boikot.

AYER KEROH, 7 Dis — Timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mendakwa presidennya, Anwar Ibrahim telah melanggar perjanjian genjatan senjata, yang menjadi penyebab utama ratusan ahli keluar dewan ketika kongres PKR berlangsung.

Pada satu sidang akhbar yang diadakan hari ini, Azmin berkata persetujuan telah dicapai bahawa tiada sebarang serangan dilakukan antara satu sama lain dalam kongres parti, tetapi mendakwa Anwar gagal mematuhinya ketika ucapannya di Kongres Pemuda PKR dan Ucapan Dasar pagi tadi.

“Beliau mula menyebut mengenai Si Kitol dan Raja Mandeliar, dan ini telah membuka ruang kepada para perwakilan untuk menyerang (saya) secara personal dan memecahkan perpaduan kepimpinan dan ahli PKR.

Pendebat untuk ucapan dasar juga hanya satu pihak dan tidak menghiraukan suara akar umbi.. ucapan-ucapan hanya menaikkan impian seorang lelaki dan menjatuhkan pimpinan lain” – Azmin Ali

 

Untuk rekod, kisah Si Kitol dan Raja Mendeliar yang disebut dalam Hikayat  Sejarah Melayu adalah merupakan kisah pengkhianat Kesultanan Melaka yang membawa kepada kejatuhan kerajaan itu ke tangan Portugis pada tahun 1511.

 

Menurut TMI, Kenyataan Azmin turut tersebut ditandatangani oleh:
  1. Zuraida Kamaruddin,
  2. Chua Tian Chang
  3. Ali Biju
  4. Haniza Mohamed Talha
  5. Dr Daroyah Alwi
  6. Hilman Idham
  7. Amirudin Shaari
  8. Mohd Rashid Hasnon
  9. Sivarasa Rasiah
  10. Rahimah Majid
  11. Elizabeth Wong
  12. Saifuddin Abdullah
  13. Zakaria Abdul Hamid
  14. Radzlan Jalaluddin
  15. Dr Mansor Othman
  16. Kamaruddin Jaafar
  17. Azmizam Zaman Huri
  18. Gan Pei Nei
  19. Hee Loy Sian
  20. R. Santhara Kumar
  21. Lee Khai Loon.
Terdahulu, Azmin dan penyokongnya keluar dari dewan sebagai membantah pelanggaran genjatan senjata tersebut.
Penyokong Azmin  menjerit “Keluar!” , “Podah!  dan “Balik!” -Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.