Sentul, 7 Disember: Muhammad Yusoff Rawther hari ini membuat laporan polis meminta pihak polis menyiasat akuan bersumpah (SD) beliau yang mendakwa dirinya dicabul oleh bekas majikannya Anwar Ibrahim.
Laporan itu dibuat di balai polis Sentul, Kuala Lumpur pagi jam 11.34 pagi tadi.
Menurut laporan tersebut yang dilihat Buletin TTKM, Yusof turut melampirkan akuan bersumpahnya dan meminta tindakan undang-undang diambil oleh pihak polis
“Tujuan saya membuat laporan polis adalah agar pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang sebagaimana kejadian yang berlaku di kediaman datuk seri anwar di bukit segambut kuala lumpur seperti yang disebut di dalam akuan bersumpah berkenaan.” – Yusof Rawter
“Saya juga membuat laporan polis kerana keselamatan diri saya mula terancam oleh pihak pihak tertentu sebaik sahaja satu sidang media yang telah diadakan berkenaan kejadian ini pada 5/12/2019.” – Yusof Rawter
Yusoff, 26, bekas pegawai penyelidik Anwar pada Rabu lalu membuat akuan bersumpah yang sangat terperinci mendakwa dirinya dicabul presiden PKR di rumahnya di Segambut.
Anwar menafikan perkara itu dan mengatakan ianya adalah fitnah tiada asas, malahan turut berkata pada tarikh tersebut, beliau sedang sibuk berkempen sempena pilihan raya kecil Port Dickson dan menghadiri majlis memperingati ulang tahun kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur.
Menurut jadual yang dinaikkan di laman facebook Solidariti Buat Muhammad yusoff Rawter, Majlis memperingati Gandhi itu berlangsung pada pukul 6.30 pm-7.30 pm, sementara dakwaan Yusof mengenai insiden tersebut berlaku pada jam 3pm-4pm -Buletin TTKM-