Gugurkan Gobind kerana tak ‘perform’, ganti dengan Mahfuz! – Perwakilan Amanah

SHAH ALAM 8 Dis: Seorang perwakilan Amanah Sarawak, Andri Zulkarnaen semalam secara terbuka mendesak kerajaan untuk menggugurkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo kerana didakwa tidak menunjukkan prestasi baik dalam mengemudi kementerian itu dan gagal mempromosi kejayaan kerajaan Pakatan Harapan.

Walau bagaimanapun, katanya menteri dari parti Amanah menunjukkan prestasi yang baik.

“Kita mesti merombak kepimpinan kerajaan yang ada dengan menukar menteri-menteri yang tidak ‘perform’. tapi Amanah performlah.. jadi saya nak bagitau bahawa menteri yang tak perfom itu kena tukarlah, antara menteri yang kena tukar, menteri komunikasilah ( Gobind Singh).

Sebab apa? Sebab dia gagal mempromosikan kejayaan PH menunaikan manifesto.  (Gobind) juga gagal mempertahankan kerajaan PH daripada serangan musuh, begitu juga sebahagian menteri-menteri lain yang juga tidak perform yang tak perlu saya senaraikan di sini” – Andri Zulkarnaen

Beliau turut berkata media massa hari ini juga lembik, lesu serta gagal mempertahankan kerajaan dari serangan pihak pembangkang.

“Selepas 19 bulan PH memerintah, PH terus dituduh penipu, mungkir janji, kencing rakyat, serangan bertali arus dalam bentuk fitnah, penipuan dan tohmah yang akhirnya rakyat terkeliru dan tertipu,” – Andri Zulkarnaen

Pada perkembangan yang sama,  perwakilan dari Selangor,  Ishak Ismail pula tmencadangkan agar Mahfuz Omar, Naib Presiden Amanah yang kini Timbalan Menteri Sumber Manusia supaya mengambil alih portfolio Menteri Komunikasi itu dari Gobind kerana beliau dikatakan menjuarai bidang tersebut selain mempunyai ketokohan.

“Hampir lapan negeri menyebut tentang masalah komunikasi ini perlu diperbaiki di semua peringkat. Walaupun kita tak menguasai Kementerian Komunikasi tetapi tangan kita dalam kabinet sangat mustahak.

“Kalau boleh dicadangkan dengan ketokohan Datuk Mahfuz Omar, kalau boleh dia nak pindah kementerian tu saya rasa. Kalau bab komunikasi ini saya ingat juara itu ada, tokoh itu ada,” – Ishak Ismail

Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan presiden di Konvensyen Nasional Amanah semalam.

Untuk rekod, Gobind Singh adalah ahli parlimen DAP Puchong dan merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of Warwick di UK, manakala Mahfuz Omar  pula merupakan graduan tadika.

“Saya bukan lulusan sebuah universiti. Saya tidak pernah mendakwa belajar di mana-mana universiti, jauh sekali di sebuah universiti antarabangsa. Saya naik dari politik. Saya belajar dari pengalaman dan juga dari mereka yang lebih berpengalaman.Dan saya bangga mengatakan saya adalah graduan tadika. ” – Datuk Mahfuz Omar

Ketika dalam PAS, Mahfuz Omar merupakan ketua penerangan PAS pusat.- Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.