Najib, wajarkah anda memperkecilkan atlet negara?

Oleh : Penyokong Sukan Negara

Dirujuk kepada post Facebook Najib Razak yang mengatakan prestasi Malaysia yang mengecewakan di Sukan SEA tahun ini, adakah wajar untuk beliau memperkecilkan atlet negara kita?

Sepatutnya, dengan bertahun-tahun pengalaman sebagai Perdana Menteri, Najib patut sedar yang atlet negara kita rajin berlatih bukan sahaja untuk Sukan SEA, tetapiĀ  juga untukĀ  Sukan Olimpik.

Dengan ini, adakah wajar dipersalahkan atlit negara kita yang berlatih dengan begitu rajin apabila tidak dapat meraih pingat emas yang disasarkan?

Sepatutnya Najib Razak mengucapkan tahniah kepada atlet negara kita, sekurang-kurangnya, negara Malaysia dapat membawa pulang 55 emas dalam Sukan SEA 2019.

Kita faham bahawa ada juga perbalahan antara ahli politik BN dengan PH, tetapi pencapaian atlet negara kita tidak patut dipersoalkan.

Sekiranya atlet negara kita yang sekarang tidak memilih untuk acara sukan yang akan datang, siapa lagi?

Ingatlah bahawasannya atlet negara kita juga rakyat Malaysia dan juga orang yang mempunyai hak mengundi.

Sekarang pula cerita megenai Syed Saddiq.

Ya kita faham yang dia berminat dengan acara eSukan, tetapi dihalaman yang lain, atlet Esukan kita juga yang cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pingat emas.

Setakat ini, Esukan masih dapat membawa pulang satu pingat emas dan juga satu pingat perak yang dapat menyumbang ke medal tally negara. Tidakkah itu satu pencapaian?

Tidak sepatutnya perbalahan antara ahli politik dengan menteri bercampuradukan dengan pencapaian atlet negara kita.

Mereka telah mencuba sedaya upaya, tidak haruslah kita menyalahkan mereka kerana tidak dapat meraih pingat emas.

Maka, sepatutnya kita memberikan dorongan dan sokongan untuk cuba lebih baik lagi untuk acara sukan yang akan datang.


Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM-Editor.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.