Rafizi seorang scammer?

Pendapat oleh : MHN

Rafizi seorang scammer?

Kenapa orang menuduh Rafizi scammer?

Banyak saya perhatikan di timeline saya, tapi tak ada yang tulis dengan terperinci.

Kalau tak tahu ceritanya, begini.

Rafizi kena saman RM300k kes NFC.

Kalau tak jelaskan, dia boleh diisytiharkan muflis.

Jadi dia pun lancarkan kempen kutipan derma, dengan video sedih sambil bulu hidung terkeluar. Sungguh, memang begitu videonya:

 

Pada akhir kempen, dia dapat kutip RM1.585 juta . Beliau berkata wang akan digunakan untuk lawan UMNO BARISAN NASIONAL sekiranya menang kes.

Kalau tak menang pun, saya perhatikan ada banyak lagi bakinya iaitu RM1.285 juta.

Setelah begitu lama, persoalannya, kemana wang itu pergi sekarang?

Dia kata dia kini sibuk dengan AI.

Bukan Anwar Ibrahim ya, Tapi dengan syarikat pencarian kerja yang menggunakan Artificial Intelligent iaitu “AGENSI PEKERJAAN ADNEXIO SDN. BHD”.

Adnexio cuma ada satu pemegang saham, iaitu INVOKE SOLUTIONS SDN. BHD.

Siapa pula di belakang Invoke?

Terdapat 6 pemegang saham Invoke di mana pemegang saham terbesarnya adalah Rafizi Ramli sendiri dengan pegangan 2,494,397 unit saham!

RAFIZI RAMLI – 2,494,397 unit
AKMAL NASRULLAH BIN MOHD NASIR (ketua AMK PKR) – 5100 unit
NUR HIDAYAT BIN JAMALOLAIL – 500 unit
ONN BIN ABU BAKAR – 1 unit.
MUHAMMAD AFFENDY BIN HASNI – 1 unit.
RASHAD TAJUDDIN BIN ANWAR TAJUDDIN 1 unit.

1 saham pula bersamaan dengan RM1, ini bermakna wang yang dilaburkan kepada invoke adalah berjumlah RM2.5 juta!

Sekarang kita tanya balik Rafizi. Wang yang sebegitu banyak kononnya untuk lawan “UMNO dan BN” itu, kenapa dilaburkan pula dalam syarikat pencarian kerja Adnexio?

Buka syarikat cari kerja = lawan umno/BN? Macam tak betul sahaja formula ni Rafizi? 🤭

Setelah selesa dengan syarikat baru kamu itu,yang menggunakan dana dari INVOKE ( yang juga datang dari wang derma!) , income pun ada masuk, terus pula beliau berhenti politik. Adakah kamu scammer? Jangan nak saman saya pula, saya tanya sahaja. Kamu kata tanya tak apa kan? 😂

bacaan lanjut:
1. https://www.facebook.com/tenteratrollkebangsaanmalaysia/videos/2011838145713137/
2. https://www.freemalaysiatoday.com/…/saman-nfc-rafizi-kumpu…/

3
https://ttkm.com.my/…/02/kenapa-rafizi-sibuk-dengan-adnexio/



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version