Dakwaan c@bul: Anwar disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan

Kuala Lumpur 12 Dis: POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Anwar Ibrahim dan beberapa saksi lain yang berkaitan untuk memberi keterangan susulan dakwaan Muhammed Yusoff Rawther dirinya dic@bul presiden PKR itu.

Siasatan dilakukan dibawah seksyen 354 kanun keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dipenjarakan maksimum 10 tahun atau denda.

Dalam satu kenyataan,  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed berkata kesemua mereka akan dipanggil setelah PDRM mendapat tarikh temu janji yang sesuai.

Beliau juga berkata pihaknya telah merakam keterangan Muhammed Yusoff pada Isnin lepas dan mengambil akuan bersumpah yang dibuat olehnya.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara berserta beberapa cadangan berdasarkan dapatan hasil siasatan,”  – Huzir Mohamed

Pada kenyataan yang sama, beliau juga meminta semua pihak supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung siasatan yang dijalankan.

78652562_2861940257149596_2828954744372854784_n78912575_2861940333816255_9118555382925492224_n

51575904171_YusoffRawther.jpg
Yusoff bersama peguamnya. 

Pada perkembangan yang sama, Anwar berkata beliau bersesidia untuk membantu pihak polis dalam siasatan kes berkenaan.

“Merujuk kepada dakwaan fitnah terbaharu terhadap saya, saya berterima kasih kepada pihak polis kerana telah menyegerakan siasatan mereka.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya bersedia memberi keterangan kepada pihak polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan,”  – Anwar Ibrahim.

Pada Sabtu,  Muhammed Yusoff membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul menggesa pihak polis supaya menyiasat dakwaannya.

Dalam laporan sama, beliau turut menyatakan kebimbangan dengan keselamatan dirinya yang diancam pihak tertentu.

Rabu lepas, bekas pegawai penyelidik itu membuat perakuan bersumpah mendakwa dicabul Anwar pada 2 Oktober tahun lepas, bagaimanapun, perkara itu dinafikan presiden PKR, yang mendakwa sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson pada tarikh berkenaan.

Tambah Anwar lagi,tuduhan itu adalah “fitnah yang tiada asas dan muslihat untuk menjatuhkan imej beliau menjelang kongres nasional keadilan ke 14 dan proses peralihan kuasa pimpinan negara”. -Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.