Pecat Zuraida dari jawatan menteri- Otai Reformis 1998 & NGO

Petaling Jaya, 12 Dis : Otai Reformis 1998 dan beberapa NGO akan menghantar memorandum kepada Parti Keadilan Rakyat  untuk mendesak perdana menteri supaya menggugurkan Zuraida Kamarudin dari jawatan menteri kabinet.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausahanya, Abdul Razak, memorandum tersebut juga menyarankan supaya PKR mengambil tindakan disiplin ke atas beberapa pemimpin yang lain.

Memorandum itu akan dihantar pada jam 2 petang ini di pejabat utama PKR dekat Tropicana.

Terdahulu, lebih kurang 3000 ahli PKR dari kem Azmin yang dikenali sebagai ‘kartel’ hadir ketika makan malam “Wawasan Kemakmuran Bersama”  di Hotel Renaissance pada Ahad lepas di mana beberapa pimpinan PKR memberikan ucapan mengkritik presiden parti, Anwar Ibrahim termasuklah Zuraida.

Ekoran itu, ketua penerangan PKR, Shamsul Iskandar mengeluarkan kenyataan supaya PKR mengambil tindakan keras terhadap naib presiden PKR itu.

“Saya akan mencadangkan kepada Lembaga Disiplin Parti KEADILAN untuk mengambil tindakan yang tegas dan keras terhadap Naib Presiden YB Zuraida Kamarudin kerana perkara- perkara yang telah dilakukan oleh beliau ini jelas melanggar etika dan disiplin parti serta tidak boleh diterima sekali apatah lagi ia dilakukan oleh seorang pemimpin kanan parti yang seharusnya menjadi contoh dan suri tauladan kepada anggota parti yang lain. ” – Shamsul Iskandar. 

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: