Tun bayangkan akan kekal sebagai PM selepas 2020 -Laporan

Gambar oleh Reuters

DOHA 14 Dis- Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan beliau mungkin akan mengekalkan kuasanya selepas 2020,  4 hari setelah beliau berjanji akan melepaskan kuasa kepada pengganti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Reuters, ketika ditanya di Forum Doha dekat Qatar sama ada beliau akan meletakkan jawatan pada 2020, perdana menteri tertua di dunia itu berkata beliau mahu memperbaiki masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini sebelum meletakkan jawatan.

‘Saya berjanji akan meletakkan jawatan sebaik sahaja saya menyelesaikan beberapa masalah utama yang telah ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini. Saya berjanji akan meletakkan jawatan dan memberikan kepimpinan kepada calon yang dinamakan oleh pakatan (harapan) – Tun Dr Mahathir.

Mahathir, 94, walau bagaimanapun tidak menyatakan bilakah beliau akan meletakkan jawatan.

Pada Selasa, beliau berjanji akan memberikan kuasa kepada Anwar, walaupun terdapat satu dakwaan serangan seksual terhadap Anwar oleh bekas penyelidiknya, Yusoff Rawter. Tambahnya lagi beliau bersedia untuk berbuat demikian setelah sidang APEC di Malaysia pada November 2020.

Ditanya adakah Anwar masih individu terbaik untuk menggantikannya sebagai perdana menteri dan sama ada beliau menyokong Anwar, Mahathir berkata beliau tidak dapat memberikan jaminan siapakah yang akan menjadi individu terbaik menggantikannya, kerana beliau mempunyai sejarah lampau yang tidak baik.

“Saya pernah menamakan pengganti saya (pada masa lepas) dan mereka ambil alih dan melakukan perkara berbeza” – Tun Dr Mahathir.

Dalam manifesto Pakatan Harapan,  Mahathir akan memberikan kuasa kepada Anwar selepas beliau diampunkan. Walau bagaimanapun, tiada tarikh yang jelas dinyatakan di dalam perjanjian tersebut.

Kekerapan Anwar yang juga presiden PKR menyebut mengenai peralihan kuasa  berulang kali dikritik oleh timbalannya, Azmin Ali.

Pada minggu lepas, Azmin tidak menghadiri sesi penutup Kongres PKR kerana perwakilan yang dilihat pro Anwar menggunakan pentas kongress tersebut untuk mengkritik Azmin sebagai ‘pengkhianat’.

Azmin kemudian mengadakan satu majlis berasingan di Hotel Renaissance, “Makan Malam Kemakmuran Bersama” yang dihadiri lebih 3000 penyokongnya,  lalu memberikan ucapan berapi membidas Anwar Ibrahim, bossnya sendiri.  -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.