Azmin kaitkan saman agensi pelancongan terhadapnya dengan Anwar, dakwa ia konspirasi politik.

Gambar oleh Malay Mail / Hari Anggara.

PETALING JAYA 15 Dis: Mohamed Azmin Ali mengaitkan pemilik syarikat agensi pelancongan yang menyaman beliau berhubung bil perjalanan yang tidak dijelaskan dengan konspirasi terhadapnya berhubung kontroversi video sembur1t pada awal tahun ini.

Menurut laporan Free Malaysia Today, tuntuan balas terhadap saman itu menyebut, pemilik agensi pelancongan terbabit merupakan ibu bapa kepada Muhammad Haziq Hassan Mohd Ayub yang ditahan polis kerana terbabit mengedarkan video seks berkenaan.

(Muhammad Haziq Hassan Mohd Ayub dan Haziq Aziz merupakan orang yang berbeza. Haziq Aziz bukan anak kepada pemilik syarikat agensi pelancongan. -Editor.)

Dalam tuntutan balas itu juga ia menyebut ibu bapa Haziq “mempunyai hubungan yang rapat” dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan menyifatkan saman yang difailkan adalah dengan tujuan mencederakan Azmin secara politik selain mendakwa konspirasi video seks tersebut “didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik”, dengan merujuk kepada kenyataan polis berhubung video berkenaan.

Tuntutan balas itu juga mendakwa tujuan agensi pelancongan terbabit memfailkan saman (berhubung bil tidak berbayar) dan membocorkannya kepada Sarawak Report tanpa memberikan latar belakang sebenar adalah bertujuan untuk mencederakan defendan (Azmin) secara politik bagi “memberi kelebihan kepada pemimpin politik yang dinyatakan sebelum ini.”

Tuntutan balas itu difailkan pada Jumaat oleh firma guaman Daim & Gamany.

Ia menyebut bahawa ibu Haziq Hassan, Yasmin Hanim Arbee, memiliki saham majoriti dalam YHA Travel & Tours, sementara bapanya Mohd Ayub Hassan merupakan pengerusi agensi tersebut.

Azmin mendakwa kandungan saman agensi pelancongan itu dibocorkan kepada laman web Sarawak Report sebagai sebahagian daripada konspirasi itu.

Pada  Jun lepas, bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Aziz berkata beliau adalah beliau individu yang dipaparkan dalam beberapa klip video sembur1t berkenaan dan mendakwa lelaki yang seorang lagi adalah Azmin Ali.

Walau bagaimanapun, Azmin menafikan dakwaan tersebut dan berkata ia adalah “komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta menjatuhkan sa dan memusnahkan karier politik beliau”.

Azmin turut berkata ketika itu hanya mengenali Haziq secara jauh.

“Saya mengenalinya (Haziq) daripada jauh sebab dia ahli parti (PKR), dia pernah menjadi ahli parti kemudian menyertai pembangkang selepas menang (Pilihan Raya Umum) lompat balik ke parti Keadilan. Ini karakter indvidu yang diperalatkan dalam fitnah ini,” 

Buletin TTKM mendapati walaupun Azmin mendakwa mengenali Haziq dari jauh, tetapi di Twitter berlainan pula ceritanya.

Hasil carian di akaun rasmi Twitter Azmin Ali, beliau menaikkan beberapa ciapan dengan men’tag’ Haziq sejak dari tahun 2012 lagi.

Pada 3 Mei 2012, ciapan Azmin bersolidariti bersama Haziq dan beberapa pelajar UM lain yang digantung satu semester.

Sumber : https://twitter.com/AzminAli/status/197942814364020736?s=19

Pada 12 Jun 2014, ciapan Azmin Ali men’tag’ Haziq serta beberapa pimpinan PKR supaya jangan marah- marah sekiranya tidak dapat berpegangan tangan.

Sumber : https://twitter.com/AzminAli/status/477098159781326848?s=19

Pada 3 Oktober 2014, ciapan Haziq mengenai lori sampah yang tiada permit kantoi dengan Azmin Ali di Retweet kembali oleh Azmin dengan mengatakan ia adalah terjah.

Sumber : https://twitter.com/AzminAli/status/517874009635971072?s=19

Pada 1 Oktober 2013, Azmin Retweet ciapan Haziq mengenai kritikan Azmin Ali tentang undang-undang yang dibahas dalam keadaan tergesa-gesa.

Pada 29 Jun 2013 Azmin secara peribadi menaikkan ciapan mengucapkan tahniah kepada Haziq diatas idea Haziq yang interaktif dan menarik.

Sumber : https://twitter.com/AzminAli/status/350942249485467649?s=19

Baru-baru ini Azmin membidas Anwar secara terbuka pada satu majlis “makan malam kemakmuran bersana” selepas Anwar sebelum itu menutup kongress PKR dengan memberikan ucapan penggulungan memetik kisah Si Kitol dan Raja Mendeliar, watak pengkhinat dalam hikayat Sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang.

Azmin mendakwa kisah tersebut merupakan sebab utama beliau dan penyokongnya ‘walk out’ dari kongress tersebut. -Buletin TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.