Seberang Perai 15 Dis: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa Parti Islam Semalaysia, PAS adalah ektrimis kerana tidak membenarkan menteri kewangan dari golongan bukan melayu dan bukan islam.
Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Hotel Pearl View, Seberang Perai.
“PAS selalu suka sasarkan saya kerana saya bukan islam.. sampai dia cakap tak boleh benarkan menteri kewangan dari bukan melayu bukan islam. Hanya kerana Lim Guan Eng bukan melayu bukan islam.” – Lim Guan Eng
Tambah Guan Eng lagi, di dalam perlembagaan negara, tiada dinyatakan orang bukan melayu dan bukan islam tidak boleh menjadi ahli kabinet sambil menempelak PAS sebagai ektrimis.
“Mana ada perlembagaan sebut bukan melayu bukan islam tak boleh jadi ahli kabinet. itulah bagaimana mereka (PAS) ekstrimis. Janganlah kerana you benci LGE maka you benci semua bukan melayu. Sampai u tak mahu bukan melayu nak jadi ahli kabinet pun!” – Lim Guan Eng
Walau bagaimanapun, Guan Eng yang juga menteri kewangan tidak menamakan siapakah dari pimpinan PAS yang memberikan kenyataan sedemikian.
PAS bersama dengan UMNO membentuk satu gabungan longgar Muafakat Ummah. Pada pilihanraya kecil Tanjung Piai baru-baru ini, gabungan tersebut dikenali sebagai Muafakat Nasional di mana ia turut disertai MCA yang meletakkan calonnya di kerusi tersebut.
Pada PRK tersebut, Barisan Nasional mengalahkan Pakatan Harapan dengan majoriti lebih 15k undi. Undi dari golongan cina yang dilihat sokongan kepada DAP juga merosot teruk. -Buletin TTKM-
Video, tonton minit 16:00 ke atas: