Media sosial, 15 Dis : Pelakon dan penyampai radio, Patrick Teoh memadamkan komen di facebook beliau gara-gara ‘disekolahkan’ netizen berhubung hantarannya yang mempersoalkan ekonomi Malaysia yang sihat dan berkembang ketika di bawah pemerintahan Najib Razak sambil menyebut perkataan carut bahasa cina “Ni@mah”.
“Najib Razak berkata ketika beliau adalah PM, ekonomi Malayasia sihat dan berkembang dalam rekod nombor…Ni@mah!” – Patrick Teoh.
Hantaran tersebutsetakat ini menerima 1100 komen.
Seorang warganet, Preshan Cmilt mempersoalkan Patrick berhubung perkembangan ekonomi dan mendakwa ekomoni negara adalah lebih kukuh sewaktu pemerintahan Najib berbanding kerajaan yang dipilih ketika ini. Prescan juga memetik kes mahkamah Najib Razak yang selalu diulas Patrick sambil menasihatkannya supaya tidak mengelirukan rakyat apatah lagi beliau mempunyai ramai pengikut.
Patrick kemudian membalas komen tersebut dengan berkata logik yang diperkatakan oleh Preshan Cmilt itu adalah tidak masuk akal.
Preshan Cmilt kemudian mendedahkan perihal Patrick yang juga merupakan audio voice over dalam kes Najib Razak yang seharusnya lebih mengetahui hal sebenar di dalam mahkamah, tetapi memilih untuk menyelewengkan fakta. Beliau turut mengulangi kredit harus diberikan kepada Najib Razak berhubung prestasi ekonomi tambahan pula katanya rakyat tidak menderita seteruk sekarang jika dibandingkan dengan zaman Najib menjadi perdana menteri.
Patrick kemudian bertindak memadamkan komen tersebut dengan mendakwa ia adalah serangan personal.
Buletin TTKM membuat perbandingan kadar perkembangan GDP dan prestasi bursa saham Malaysia ketika era pemerintahan Najib dan juga Mahathir. Berikut merupakan dapatan kami.
Prestasi Bursa Saham Malaysia (KLCI) Najib vs Mahathir:
Kadar perkembangan tahunan GDP Najib vs Mahathir.
-Buletin TTKM-