Rasmi lampu isyarat: Adun Amanah padam hantaran poster setelah ditroll warganet.

Media Sosial, 16 Disember: Adun Amanah Bayan Lepas, YB Azrul Mahathir didapati memadamkan hantaran poster di facebook beliau merasmikan lampu isyarat lintasan pejalan kaki dekat Sekolah Kebangsaan Telik Kumbar setelah ditroll warganet.

Pada poster tersebut, YB Azrul berkata lampu isyarat lintasan pejalan kaki itu merupakan “kejayaan usaha untuk mendapatkan kemudahan untuk rakyat” .

Image may contain: 1 person, standing and text

Berikut merupakan beberapa komen troll warganet:

Ahlai Amirul:  Tolong la bagi peluang sebab tak ada tadika lgi nak di rasmi sebb manpower dah cut.. Jeti nelayan nak rasmi takde sebab bantuan nelayan di tarik… Ni pon nasib dapat lampu isyarat dan garis belang, kalau dapat garis je dia rasmikan tak ke lgi hina..

Mohd Zakri:  bagi modal kat maharaja lawak minggu depan la jawabnya

Azmi Razali: Bravoooooo.. Traffic light, zebra crossing, pagar surau, lift… 60% manifesto dah di tunai!!!

Norshaharizan Samsusah : Ingat kan buat besday parti tepi jalan..hahaha.. jibake.. trafik ligth pencapaian/ampaiyan 500 hari..hahaha

Izamuddin Ismail : Hahaa.. bodo… benda mcm tu pun nk buat majlis.. lepas ni rasmi trafik light simpang umh ko plak..

Noor Asshikin Mohamad Sahari:  Perasmian tandas baru. Bila yaa??

Ina Abd Rahman:  Hahahahaha…. Nk tunggu jugak ni . Lepas ni Perasmiaan apa pulak ekk. Toilet ada tak dlm list?

Muhammad Faizal Abd Karim:  bila nak rasmi lampu jalan,longkang,bus stop, tutup lubang kat jalan, divider, line putih dll.

Affis Ashari: Dah tak perlu langgan Astro kalau nak tengok Maharaja Lawak.
‘Diorang’ ni dah cukup kelakar.

Sementara itu, beberapa keping gambar majlis perasmian itu menjadi tular di media sosial.

Image may contain: 1 person, shoes and outdoor

Pada gambar tersebut kelihatan dua batang senap@ng poppers dipegang, satu oleh seorang wanita manakala satu lagi dipegang oleh YB Azrul Mahathir.

Image may contain: one or more people, sky, tree and outdoor

Kedua mereka melepaskan temb@kan poppers sebagai gimik  melintas di lintasan pejalan kaki baharu tersebut.

Image may contain: one or more people, people standing, sky, crowd and outdoor

Setelah tiba di seberang jalan, mereka patah balik ke bahagian bahu jalan berhampiran sekolah tersebut.

Sejak akhir-akhir ini, wakil rakyat dan menteri Pakatan Harapan ditroll netizen kerana merasmikan projek kecil-kecilan antara lainnya seperti perasmian lif dan aplikasi mencari tandas – Buletin TTKM-

Image may contain: 9 people, meme and text

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.