Kes Altantuya: Permohonan semakan semula Azilah didengar April 2020

Gambar Altantuya dan Azilah, AFP.

Putrajaya, 17 Dis: MAHKAMAH Persekutuan di Putrajaya menetapkan 20 April depan untuk mendengar permohonan bekas anggota Unit Tindakhas (UTK), Azilah Hadri bagi menyemak semula keputusan yang mensabitkannya atas kesalahan membun*h Altantuya Shaariibuu.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam J Kuldeep Kumar selepas pengurusan kes itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Norkamilah Aziz, hari ini, menurut laporan Harian Metro.

Beliau ketika ditemui mengesahkan bahawa pihaknya memfailkan permohonan untuk mengetepikan sabitan dan hukum@n g@ntung yang dikenakan terhadap Azilah oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015.

“Kami memfailkan permohonan ini mengikut Aturan 137 Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

“Selain mengetepikan sabitan dan hukum@n, kami juga memohon supaya perbicaraan kes berprofil tinggi ini dibuat semula,” – J Kuldeep Kumar

Bagaimanapun apabila ditanya lebih lanjut berhubung akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh Azilah, Kuldeep enggan mengulas lanjut dan beredar pergi dengan segera.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Norinna Bahadun ketika ditemui mengesahkan permohonan dan SD itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menerima sebarang arahan untuk mendedahkan perkara ini lebih lanjut.

“Pihak kami akan meneliti terlebih dahulu SD ini sebelum membuat tindakan selanjutnya,”  – Norinna Bahadun

Turut hadir ialah Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

Peguam Sangget Kaur Deo yang mewakili keluarga Altantuya berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan rasmi untuk bertindak sebagai peguam pemerhati.

Semalam, Azilah membuat dakwaan mengejutkan melalui SDnya mendakwa menerima arahan daripada Datuk Seri Najib Razak untuk membun*h Altantuya.

Azilah membuat dakwaan itu ketika sedang menanti hukuman g@ntung sampai m*ti selepas didapati bersalah membun*h Altantuya.

Memetik laporan Malaysiakini, dia yang kini berada di Penjara Kajang mendakwa arahan untuk membun*h Altantuya datang daripada Najib yang ketika kejadian adalah Timbalan Perdana Menteri dan rakan rapatnya, Abdul Razak Baginda.

Dalam pengakuan itu, Azilah mendakwa dia bersama bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to ki11’ (temb*k m*ti) sebagai anggota pasukan UTK.

“TPM (Najib)  kemudiannya mengarahkan saya untuk jalankan operasi sulit untuk tangkap dan hapuskan perisik tersebut dengan sulit dan musnahkan m*yatnya. Saya bertanya kepada TPM apa yang dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM menjawab, “Sh00t to ki11,” sambil menunjukkan isyarat mem*tong leher. Apabila ditanya berkenaan maksud musnahkan m@yat perisik asing tersebut, TPM menjawab, “Lupuskan m@yat perisik asing hilangkan kesan.” Selepas berbincang berkenaan cara melupuskan m@yat, TPM mengarahkan saya untuk melet*pkan m@yat perisik asing tersebut dengan bahan letup*n.” – SD Azilah. 

Dia mendakwa terdapat keterangan tidak dikemukakan ketika prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Sementara itu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa tuduhan Azilah merupakan konspirasi dan fitnah kerajaan PH yang mahu mendiamkan beliau kerana kes pembun*han tidak dibenarkan ikat jamin.

“PH sekarang amat fobia dengan gelaran kerajaan sepenggal.Oleh itu, mereka perlu keluarkan lagi konspirasi baru untuk menent@ng dan memfitn@h saya.Saya juga diberitahu bahawa cerita baru PH ini membuka jalan kepada kerajaan PH untuk menahan dan penjarakan saya tanpa jaminan kerana kes pembun*han tak membenarkan jaminan. Barulah saya boleh disenyapkan oleh PH” – Najib Razak.

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: