April 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Iklan ‘sugar daddy’ secara terbuka di ibu kota dikecam warganet

Bangsar, 17 Disember: Iklan perkhidmatan ‘sugar daddy’ oleh syarikat Sugarbook yang dipaparkan di billboard secara terbuka di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dikecam warganet.

Buletin TTKM difahamkan lokasi dimana iklan tersebut dipaparkan adalah sekitar Bangsar dan Dutamas.

Pada iklan tersebut, dipaparkan gambar seorang gadis muda (sugar baby) memegang erat seorang lelaki berumur (sugar daddy) dengan kapsyen “Hey Sugar, Upgrade your love life” ( Hei Sugar, Naiktaraf kehidupan cinta anda!”),  dan “Where beautiful, successful people meet” ( Tempat di mana yang cantik dan yang berjaya bertemu).

Rata-rata warganet terkejut dengan iklan tersebut.

“Power betul Malaysia Baharu ni. Iklan sugar daddy, sugar baby, sugar mummy yang berunsurkan ‘soft’ prostitution macamni sudauh boleh dinaikkan di ruangan awam dan terpampang secara terbuka?Macamana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh lulus signboard besar macamani?Khalid Samad terlepas pandang ke?IMHO tak sesuai sekali dengan adab dan budaya kita di Malaysia.Atau ini kah yang dipanggil ‘Rahmantan Lil Alamin’ ?” – Khairul Azri

“Astagfirullahalaziim….kenapa Malaysia dah jadi camni hah?
Ya Allah selamatkanlah Negara ini dari kehancuran moral dan akhlak.
‎آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن” – Sriyani Bt Muyono 

“Mcm mana iklan mcm ni boleh lepas? Pbt tak check ke? Oooo… kalau org meniaga pasang signboard kedai mcm2 hal korang nak betulkan… nak kena refer dbp lah, saiz besar sgt lah, terang sgt lah, tulisan kecik sgt lah. Hat yg ni? Buat2 buta?” – Aglio Di Paceco 

“Semakin melampau2.. dah macam NEGARA tak Ada AGAMA..
Kalau tuhan turun Bala redo je la RAKYAT MALAYSIA” – Apis JE 

 “Mmg gila sungguh… Promote pasal perkara sugardaddy ni. Khalid selaku menteri berkaitan boleh lepas mcm tu ke perkara ni? Seronok geng liberal. Mcm tak da agama la..” – Saffwan Al-Filfilany

 “Ingatkan menang boleh tutup kilang arak. Sekali iklan pelacuran pulak yang naik 🤭🤭Rahmatan lil kelamin sungguh la si Karlsberg tu” |Diana Khalifa

“Admin kena faham..ini adalah salah satu cara utk menunaikan manifesto menyediakan 1 juta peluang pekerjaan bagi golongan belia mengikut segala maqasid dlm rahmatan lil alamin..mampuih..  “- Amin Aremeano 

Sementara itu, ahli parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata papan tanda (LED) berdekatan dengan Masjid Saidina Abu Bakar  telah diturunkan setakat jam 10 malam tadi setelah beliau memaklumkan Jabatan Pelesenan DBKL, bahawa aplikasi dan iklan tersebut adalah tidak sesuai.

Tambahnya lagi, iklan tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa.

“Saya telah berhubung segera dengan Jabatan Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta YB Khalid Samad, untuk menyatakan pendirian saya bahawa aplikasi dan iklan tersebut adalah tidak sesuai.

Siasatan akan dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana iklan seperti ini boleh disiarkan, dan jika pengusaha didapati melanggar peraturan maka tindakan tegas akan diambil.” – Fahmi Fadzil.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada iklan sugar daddy tersebut yang berada  di Dutamas  sudah diturunkan atau tidak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Iklan tersebut mula dinaikkan pada 3 Disember lepas dan mula tular di media sosial siang tadi

Sugarbook merupakan platform  dimana  lelaki dan wanita yang mempunyai kekuatan kewangan untuk mencari cinta dan teman.

Pilihan yang terdapat di aplikasi tersebut adalah sama ada penggunanya adalah sugar daddy, sugar mommy atau pun sugar baby.

Setakat ini, ia mempunyai 200,000 ahli di sekitar Malaysia, Singapore, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Thailand. – Buletin TTKM-

 

 

 

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: