May 17, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kes Altantuya: Tiada keperluan pendakwa buktikan motif. – Peguam

Kuala Lumpur, 18 Dis: Peguam kontroversi, Asiah Abdul Jalil berkata tiada keperluan untuk pihak pendakwa untuk membuktikan motif dalam sesuatu perbicaraan kes jenayah.

Sebaliknya, pihak pendakwa hanya perlu butikan dua elemen melampaui keraguan munasabah iaitu actus reus – perbuatan jenayah dan mens rea – niat / pengetahuan ketika melakukan jen@yah.

Beliau berkata demikian di hantaran facebooknya ketika mengulas kes pemb*nuhan Altantuya di mana netizen kini mempersoalkan apakah motif Azilah dan Sirul melakukan jenayah tersebut.

Motif tidak sama dengan niat. Motif berkait dengan “alasan” (reason). Sedangkan niat berkait dengan “tujuan” (purpose).

Motif biasanya sukar dibuktikan, kerana ia hanya diketahui oleh tertuduh. Manakala niat boleh dibuktikan dengan menilai bagaimana jen@yah dilakukan.

Misalnya, apabila seseorang memb*nuh dengan cara menemb*k tepat di kepala mangs@, niatnya tentulah untuk memb*nuh. Jika dia tidak berniat untuk memb*nuh, temb@kan mungkin dibuat di bahagian yang tidak fatal.

Jika sesuatu pemb*nuhan dilakukan secara penuh perancangan (pre-meditated) dan deliberate acts (contohnya, dah b*nuh, l@nyak dengan kereta, lepas tu p*tong m@yat, kemudian b@kar), niat untuk memb*nuh adalah jelas.” -Asiah 

Katanya lagi, pada waktu ini, sama ada wujud atau tidak motif untuk memb*nuh sudah tak penting, selagi mana pihak pendakwa telah membuktikan actus reus dan mens rea, beban pembuktian telah sempurna.

“Bagi pihak pembelaan pula, jikapun berjaya membuktikan bahawa tertuduh tidak mempunyai motif, ia bukanlah satu pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan munasabah.

Selagimana pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan actus reus dan mens rea, beban pembuktian telah sempurna.” -Asiah 

Kelmarin, Azilah tampil dengan akuan bersumpah terbaru dan mendakwa pemb*nuhan Altantuya dilakukan kerana beliau menerima arahan dari Najib Razak dan Razak Baginda.

Najib mendakwa tuduhan tersebut merupakan konpirasi PH untuk mendiamkan beliau kerana tuduhan membunuh tidak boleh diikat jamin. – Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: