Najib sumpah laknat jumaat ini di Masjid Jamek Kg Baru

Kuala Lumpur, 18 Dis: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan dalam akuan bersumpah (SD) yang dibuat bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri.

Menulis di facebooknya, Najib  berkata perkara itu akan dilakukan jumaat ini di Masjid Jamek Kampung Baru sejurus solat jumaat.

 

“Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.

Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas Solat Jumaat minggu ini. “

Kelmarin, Azilah  mendakwa dalam akuan bersumpah beliau bahwa  pembun*han Altantuya dilakukannya selepas menerima arahan dari Najib dan juga Razak Baginda.

Najib dengan segera mengeluarkan kenyataan mendakwa tuduhan Azilah merupakan konspirasi dan fitnah PH untuk mendiamkan beliau kerana pertuduhan pembunuhan tidak boleh diikat jamin. 

 

Permohonan Azilah untuk semakan semula kes beliau  yang dijatuhkan hukuman m@ti,  akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 20 April 2020 setelah SD tersebut dikeluarkan sebagai dokumen sokongan. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.