Itu kad ucapan tahniah, bukan sijil – Rina Harun

Media Sosial, 19 Dis: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun berkata isu ‘sijil’ yang tular baru-baru ini di mana hampir 1/3 daripadanya memaparkan gambar beliau, bukanlah sijil penghargaan, sebaliknya ia merupakan kad ucapan tahniah.

Beliau berkata demikian di laman facebooknya baru-baru ini.

“Penjelasan berkenaan isu yang sedang viral baru-baru ini. Untuk pengetahuan semua, itu BUKANLAH SIJIL PENGHARGAAN kepada pelajar yang berjaya memasuki MRSM tetapi itu merupakan KAD UCAPAN TAHNIAH daripada saya kepada mereka.” – Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

itu kad katanya.JPG

Buletin TTKM sebelum ini melaporkan warganet terkejut dengan  ‘kad’ ucapan tahniah tawaran MRSM ke tingkatan 1 yang memaparkan gambar menteri pembangunan luar bandar, YB Rina Harun hampir satu pertiga muka surat dengan kepala surat jata negara Kementerian Pembangunan Luar Bandar  disertai  logo MARA.

rina1

Turut dipaparkan pada sijil tersebut adalah akaun facebook, instagram dan twitter menteri terbabit.

Sementara itu, Buletin TTKM membuat perbandingan diantara ‘sijil’ yang didakwa ‘kad tahniah ‘ oleh Rina itu dengan kad ucapan tahniah yang pernah diberikan beliau sebelum ini.

Kami mendapati pada 18 Mac yang lalu, seramai 137 pelajar Malaysia-Japan Higher Education Programme (MJHEP) tajaan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menerima kad ucapan tahniah yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan  Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun pada majlis pelepasan pelajar berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Kad tersebut dimasukkan di dalam sampul dan boleh lipat, jelas seperti kad ucapan tahniah kebiasaan.

kad tahniah.jpg

Manakala ‘sijil’ tahniah kemasukan MRSM ke tingkatan 1 yang didakwa Rina sebagai ‘kad tahniah’ itu pula  merupakan sehelai kertas bersaiz A4 tidak berlipat seperti kad biasa dan ia dimasukkan dalam satu ‘certificate holder’ berwarna biru gelap – Buletin TTKM-

tahniah2.jpg

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.