April 19, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Iklan ‘sugar daddy’ tular: “Seronok syarikat berkenaan, dapat publisiti percuma”- Khalid Samad

Kuala Lumpur, 20 Dis: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata ada beberapa pihak menjadikan isu iklan SugarBook sebagai isu politik dengan menularkannya dan perkara ini secara tidak langsung telah mengiklankan syarikat berkenaan secara percuma.

Tambahnya lagi, ia telah menyebabkan syarikat berkenaan menjadi seronok kerana mendapat publisiti percuma tersebut.

“Ada yang tersilap, maka diturunkan dan disiasat siapa yang luluskan, kalau ada. Malangnya, ada yang nak jadikannya isu politik, maka ditular dan mengiklankan syarikat berkenaan secara percuma. Seronok syarikat berkenaan. Free jer dapat publisiti.” – Khalid Samad.

Beliau berkata demikian di akaun twitternya semalam.

Terdahulu,  papan iklan LED yang memaparkan SugarBook mula tular di media sosial beberapa hari lepas dan mencapat kecaman pelbagai pihak.

Menurut kenyataan Unit Media Jabatan Perancangan Koporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, paparan iklan LED Sugarbook yang sensitif dan berunsur lucah itu merupakan milik Yayasan Wilayah Persekutuan yang telah melantik Tetuan Out Of Home sebagai operator.

Sehubungan itu, DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dalam kenyataan berasingan berlepas tangan dengan berkata pihaknya tidak pernah meluluskan iklan itu dan telah mengarahkan ia ditarik balik.

YWP – yang bertanggungjawab terhadap dua papan iklan yang terlibat – juga berkata telah memanggil dan memberi surat tunjuk sebab kepada operator iklan terbabit.

Pada perkembangan yang sama, Malaysiakini melaporkan iklan tersebut mendapat kelulusan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka  dan pihaknya cuma menyemak bahasa, dan bukan memantau kandungan.

Betul kita luluskan (ayat pada iklan) ‘di sinilah bertemunya yang cantik dan yang berjaya’. Kita semak bahasa sahaja, kandungan bukan kami yang pantau,

Kami hanya terima sekeping gambar sahaja, pegawai (yang menyemak) menganggap ia buku kekeluargaan,” – Ketua Pengarah DBP Abang Sallehuddin Abang Shokeran 

Tambah beliau, soal kandungan bukan di bawah bidang kuasa DBP, sebaliknya ia adalah di bawah pihak berkuasa tempatan.

(Pihak berkuasa tempatan dalam kes ini  adalah DBKL.- Editor) 

Sugarbook ialah aplikasi temu janji atas talian yang diasaskan di Malaysia yang menawarkan platform untuk penggunanya membuat pilihan menjadi “sugar daddy”, “sugar mommy” atau “sugar baby”.

“Sugar daddy” atau “sugar mommy” merupakan lelaki atau wanita kaya yang sanggup menawarkan wang, hadiah atau habuan lain kepada “sugar baby” yang merupakan temannya yang lebih muda.

Manakala “sugar baby” pula sebagai balasan akan melayan “sugar daddy” atau “sugar mommy” setimpal dengan sokongan kewangan yang diberikan.

sugar
“Sugar baby menerima mentor, sokongan kewangan, teman dari sugar daddynya di bawah perjanjian yang dipersetujui. Ia selalunya berakhir dengan perasaan dicintai dan hubungan berpanjangan” –  Laman sesawang Sugarbook
daddy
“Sugar Daddy mesti mempunyai kewangan yang kukuh” – Laman sesawang Sugarbook

Menurut laman Facebook Sugarbook, iklan tersebut mula dipaparkan pada 3 Disember lalu.  -Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: