Wangsa Maju 20 Disember: Seorang peniaga eksekutif, Abas Abdul Jalil mempersoalkan tindakan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memberikan kompaun parkir terhadapnya hanya selepas seminit tempoh tiket parkirnya tamat.
Menulis di satu ruang komen facebook, beliau berkata sewaktu bergegas turun dari pejabat untuk menambah duit syiling, beliau terkejut melihat saman sudah diletakkan di keretanya.
“Itu parkir aku tamat pada jam 12.44pm. Baru nak turun ke mesin untuk tambah syiling. tiba-tiba lihat pada kereta 12.45pm dah kena saman.Penguatkuasa di DBKL itu tak ada kerja lain, duduk stanby nak saman tepi kereta-kereta ke?Tak menyempat benor” – Abas Jalil
Buletin TTKM menghubungi Abas mengenai hal tersebut dan perkara ini disahkan oleh beliau.
“Saman tersebut dikeluarkan semalam dengan jumlah kompaun RM100 dekat Wangsa Maju” – Abas Jalil
Tambahnya lagi, penguatkuasa DBKL tiada langsung mengamalkan toleransi dan beliau sedari perkara ini berlaku sejak setahun yang lalu.
“Sejak setahun yang lepas, baru 5- 15 minit nak kena renew dah kena saman. Tiada toleransi langsung. Sebelum ini, 9 minit sebelum azan zohor solat jumaat pun saya disaman.” – Abas Jalil
Buletin TTKM sedang menunggu maklum balas dari pihak DBKL berhubung perkara tersebut- Buletin TTKM-