Mantan mufti Perlis bidas Saifuddin

Twitterjaya 21 Dis : Mantan mufti perlis, Dr Juanda Jaya membidas Saifuddin Abdullah berhubung ciapan menteri luar tersebut yang mempersoalkan Arab Saudi sebagai pusat dunia  Islam.

“Surah manakah di dalam al-Quran yang mengatakan Arab Saudi adalah ‘pusat’ dunia Islam?” – Saifuddin Abdullah

Menurut Dr Juanda Jaya di dalam Al-Quran memang tiada dinyatakan Arab Saudi kerana Al-Quran wujud lebih 1400 tahun manakala negara Arab Saudi itu pula belum wujud 100 tahun.

Walau bagaimanapun, tambahnya umat Islam secara umumnya mengetahui Kaabah berada di Mekah dan sepanjang sejarah Islam, penjaga Kaabah itu dihormati dan ada pemberat politiknya.

“Yb Menteri Luar, dalam Al- Quran tiada sebut Arab Saudi. Al-Quran dah wujud lebih 1400 tahun. Arab Saudi wujud belum 100 tahun. Tapi umat Islam tahu Kaabah itu berada di Mekah. Kaabah wujud sejak dunia dicipta. Sepanjang sejarah Islam, penjaga Kaabah itu dihormati dan ada pemberat politiknya” – Dr Juanda Jaya

Beliau kemudian memetik Surah Al Maidah ayat 97:

Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” – Terjemahan Surah Al Maidah ayat 97.

Terdahulu, ciapan Saifuddin itu adalah sebagai menjawab ciapan dari pengguna twitter dari Arab Saudi, Sultan Alajmi yang mendakwa penganjuran KL Summit 2019 itu memecah-belahkan umat Islam.

KL Summit yang membincangkan permasalahan umat islam, julung kali diadakan di sini dimana 56 negara dijemput dengan partisipasi 450 delegasi.

Walau bagaimanapun, ketua negara yang hadir cuma dari Qatar, Turki dan Iran. Presiden Pakistan dilaporkan membatalkan kehadiran di saat akhir kerana tekanan dari Arab Saudi. Malah Presiden Indonesia dan Sultan Brunei juga tidak hadir.

Laporan media mengatakan Arab Saudi mengkritik penganjuran KL Summit dan mahu ia dilakukan di bawah OIC.  -Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version