July 24, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kes hina YB Fuziah: Bekas wartawan beri keterangan 4 jam di IPD Kuantan.

Kuantan, 25 Dis: Seorang bekas wartawan dan aktivis, Haizal Yatiran beri keterangan lebih 4 jam di IPD Kuantan semalam berhubung hantaran di facebook beliau yang didakwa menghina timbalan menteri, YB Fuziah Salleh.

Asiah Abdul Jalil, peguam Haizal berkata siasatan dilakukan   di bawah seksyen 509 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM).

“Anakguam saya selesai beri keterangan jam 2.30 petang. Setelah empat jam dalam bilik IO. Tiga jam daripadanya berlawan hujah dengan IO pasal undang-undang.” – Asiah Abdul Jalil

Beliau turut mendakwa polis tidak menafikan terdapat desakan politik dalam siasatan kes tersebut kerana cubaan polis untuk menangkap anak guamnya itu.

“Saya bengang jugalah bila polis mengakui “adanya desakan politik”. Tukang buat laporan polis tak habis-habis datang balai dan menghubungi balai, minta polis tangkap anak guam saya. Kononnya nak beri pengajaran lah agaknya. Atau saya syak, tukang buat laporan polis cuba nak tunjuk hero depan pemimpin yang dia nak jilat.

Saya cakap kat polis, kalau polis langgar prosedur, yang nak kena tanggung akibatnya ialah PDRM dan Kerajaan Malaysia. Bukan tukang buat laporan polis. Dia sedap sahaja nak arah-arah polis buat itu ini ikut kehendak dia. Kalau polis kena saman, dia boleh blah aje cuci tangan cuci kaki.” – Asiah Abdul Jalil. 

Image may contain: 2 people, drink and indoor
Haizal bersama peguamnya, Asiah Abdul Jalil selepas selesai memberikan keterangan. 

Pada Ogos lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang membuat tiga laporan polis terhadap Haizal yang didakwa menghina Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

“Jelas pemilik Facebook tersebut telah membuat satu tuduhan jahat dengan niat untuk menyakitkan hati serta menjatuhkan imej dan maruah Fuziah yang kini berada di Makkah menunaikan ibadah haji,”  – Muhd Ruslan Wahab

Pada 5 Ogos 2018, Haizal didakwa ada menaikkan satu hantaran di akaun facebooknya berhubung isu Lynas yang dikatakan menghina ahli parlimen Kuantan itu.

tangkap layar.jpg
Tangkap layar hantaran Haizal yang dikatakan menghina timbalan menteri, YB Fuziah.

Walau bagaimanapun, beliau kemudian memohon maaf secara terbuka kepada YB Puan Hajjah Fuziah Salleh berhubung  hantaran beliau di facebook yang dikatakan menghina timbalan menteri itu untuk mengelakkan isu tersebut berpanjangan.

Menurut Haizal, sebelum ini beliau merupakan wartawan dan aktivis yang menyokong Fuziah Salleh dalam menentang isu Lynas.

Katanya lagi, tindakan beliau menulis hantaran itu adalah kerana merasa tertipu dengan pendirian kebanyakan ahli kabinet ketika ini berkenaan isu tersebut.

“Tanpa saya sedar, dalam keadaan marah dan kecewa, saya telah menggunakan tiga perkataan yang didakwa telah menyinggung sesetengah puhak berkenaan satu posting di FB. Saya hari ini, dengan rendah diri, memohon maaf secara terbuka kepada Kak G, Fuziah Salleh berkenaan penggunaan perkataan tersebut.” – Haizal Yatiran

Fuziah yang juga merupakan timbalan menteri  dikritik oleh pihak anti Lynas  apabila kabinet memberikan kelulusan memperbaharui lesen kilang tersebut selama 6 bulan lagi.

Ketika pilihanraya lepas, Fuziah merupakan antara pemimpin politik paling kedepan berkempen mendesak kilang milik Australia itu ditutup kerana mendakwa sisa dari kilang tersebut membahayakan penduduk tempatan. -Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: