Tips untuk Saddiq: Tulislah di WhatsApp group , menteri pun sedang bercuti – Najib troll menteri belia

Oleh : Najib Razak

Selamat Hari Natal, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Sebenarnya, kenapa kamu pendekkan cuti akhir tahun kononnya bagi memperjuangkan elaun kritikal kerajaan yang telah dimansuhkan PH?

(Rupanya dah cuti akhir tahun. Ingat Syed Saddiq masih tengah cuti sakit Sukan SEA)

Saya bagi tips 4 langkah.

1. Buka WhatsApp.

2. Cari grup yang dinamakan “Jemaah Menteri”, “Kabinet” atau “Geng kita”.

3. Hantar mesej ini dalam grup, highlight, tekan copy, kemudian paste:

“Wei.. siapa punya idea untuk hapus elaun kritikal doktor dan nurse? Ramai dah mengamuk ni. Kita nak kalah PRU15 ke? Tolong tarik balik perintah JPA ini dengan segera.”

4. Tutup WhatsApp dan teruskan cuti.

Jika tiada Whatsapp, mungkin ada di grup Wechat.

Kamu pendekkan cuti pun tak mampu buat apa sebab menteri-menteri lain juga sedang dalam keseronokan bercuti. Tak perlu drama atau Tik Tok.

Dengan menghantar melalui WhatsApp, rakan-rakan kabinet korang yang sedang bercuti sama ada di Eropah, Amerika mahupun Taiwan masih mampu menerima mesej tersebut.

(Satu lagi tips. Lain kali nak buat video, jarakkan henfon dari muka.)

Video syed Saddiq bantah pemansuhan elaun kritikal pekerja kerajaan :

https://facebook.com/story.php?story_fbid=2611225815623095&id=1130669147012110


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis Dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. – Editor



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: