Bantah jawi: Dong Zong terbit buku digital 16 muka surat

Kajang, 27 Dis: Dong Zong menerbitkan buku digital 16 muka surat dalam bahasa Melayu menjelaskan secara terperinci mengapakah mereka membantah  pengajaran Jawi di sekolah vernakular.

Buku tersebut yang  bertajuk “Isu Tulisan Jawi: Mempertahankan Hak Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan”, diterbitkan sehari sebelum persidangan bantah jawi secara tertutup yang dijadualkan esok di Kolej New Era, Kajang.

Selain mengkritik tindakan kementerian pendidikan,  buku itu menyatakan antara sebab paling utama mereka membantah pengenalan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah vernakular adalah kerana kuasa dan hak Lembaga Pengelola Sekolah diabaikan dalam membuat keputusan.

Ini dilihat apabila kementerian pendidikan mengeluarkan arahan bahawa keputusan sama ada jawi diajar atau tidak diserahkan kepada PIBG sekolah masing-masing.

“Bantahan ini diteruskan kerana jemaah menteri dan Kementerian Pendidikan masih mengabaikan hak dan kuasa Lembaga Pengelola Sekolah, dan tidak menjadikan Lembaga Pengelola Sekolah sebagai pihak yang membuat keputusan sama ada setuju atau tidak setuju dalam pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi,” 

Tambah buku tersebut lagi, Lembaga Pengelola SJKC ialah organisasi akar umbi yang penting dalam mempertahankan SJKC.
“Pihak lembaga pengelola SJKC memainkan peranan dominan dan berpengaruh besar dalam mempertahankan ciri-ciri SJKC, mengurus dan membangunkan SJKC, membantah dasar-dasar dan langkah-langkah pendidikan yang tidak kondusif kepada pendidikan sekolah Cina, termasuklah membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan program Sekolah Wavvasan. Sungguhpun terdapat pelbagai kesukaran dan cabaran dalam proses tersebut, tetapi akhirnya dapat juga mencapai matlamat untuk mempertahankan SJKC dan pendidikan sekolah Cina.”
1
2

3

4

5

6

7

8

9

-Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.