April 19, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Himpunan Pertahan Jawi ditangguhkan” -Gabungan NGO Melayu Islam Bangkit

KENYATAAN MEDIA

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan NGO semua.

Dimaklumkan berita gembira bahawa segala usaha perjuangan oleh NGO-NGO Melayu Islam yang bangkit membuat Report Polis besar-besaran terhadap Dong Zong, dan persiapan ribuan sahabat-sahabat semua ke Himpunan Pertahan Tulisan Jawi telah berjaya mendesak pihak berkuasa iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan PERINTAH MAHKAMAH membatalkan Himpunan Kongres Persidangan Cina Dong Zong esok.

Serahan notis perintah mahkamah oleh pihak Polis kepada Dong zong telah dilaksanakan pada jam 5.00 petang tadi.

Namun berita sedihnya ialah Permit Himpunan Pertahan Jawi yang berikan tidak dapat diteruskan atas nasihat daripada pihak Polis.

Maka,
Himpunan di Stadium Kajang esok terpaksa DITANGGUHKAN dahulu sehingga suatu masa yang sesuai nanri. Segala info terkini akan kita maklumkan semul dari masa ke semasa.

Saya selaku wakil pihak penganjur memohon kemaafan atas perubahan ini, kerana segala yang kita atur telah disusun mengikut taqdir dari ALLAH swt.

Sekian.
Terima kasih.

“Islam Kuat, Melayu Berdaulat”

USTAZ MASRIDZI SAT
Gabungan NGO Melayu Islam Bangkit

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: